Header Ads

Kalau Mudah Sangat Takut Terlupa Pula Mahu Bersyukur

KALAU MUDAH SANGAT TAKUT TERLUPA PULA MAHU BERSYUKURبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Mahu yang mudah atau mahu yang sukar. Kalau ditanya kepada sesiapapun in sya Allah semua orang mahu yang mudah-mudah semuanya. Apa pun itu segenap hal atau perkara, yang mudah itu yang dicari. Kita mudahkan urusan orang, nanti urusan kita pun jadi mudah. Perkara yang mudah jangan dibuat sukar. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Mudah itu menjimatkan masa dan tenaga. Nampak tak, 'mudah' itu yang sentiasa kita harapkan dalam kehidupan. Tetapi hidup ini tidak semudah itu.

Buat itu gagal. Rancang ini tidak menjadi. Harapkan begini menjadi hancur. Lakukan ini menjadi musibah. Niat baik dianggap salah. Buat baik dipandang serong. Usaha bertahun-tahun belum membuahkan hasil. Ya, inilah kehidupan. Beginilah jalan cerita dan garis waktu setiap makhluk. Segenap hamba-hambaNYA. Ada orang seperti lancar-lancar sahaja jalan hidupnya pada pandangan kita. Ada orang asyiklah terangkut-sangkut cerita hidupnya. Nampak tak. Apa yang sering manusia lakukan adalah membeza-bezakan dan pelbagai pertanyaan muncul difikiran dan dalam hati membatin sendiri. Kenapa macam ni ya. Kenapa tidak begitu ya. Bercelaru. Macam-macam sehinggakan terkadang salahkan diri sendiri dan kadang lebih parah ada juga yang menyalahkan orang lain. Allahu.

Jangan banyak sangat tanya kenapa tapi gandakan dengan usaha dan berdoa sentiasa. Mungkin berasa lambatnya kalau asyik berusaha dan berdoa sentiasakan namun yakinlah kalau mudah sangat kita mendapatkan sesuatu semudah menterbalikkan telapak tangan, atau seringan petik jari, atau kelipkan kelopak mata takutnya kita mudah juga untuk lupa mahu bersyukur. Rasa tersangat mudah dan segera itu adakala buat kita lupa untuk bersyukur. PC tidak kata semua orang ya, kerana ada orang yang tetap dan sentiasa bersyukur walau jalan hidupnya Allah swt beri kemudahan dan kelancaran. Tetapi tidak kurang yang terlupa mahu bersyukur bila apa sahaja yang diusahakan, diingini dan dikehendaki sangat muadah terealisasi, sehinggakan dia bangga diri dan lupa diri juga.

Orang tidak suka diuji. Tidak mahu didatangkan musubah atau masalah baik pada dirinya dan insan disekelilingnya. TIDAK mahu. PC pun tidak mahu. Kalau boleh semua lancar dan baik-baik sahaja. Mudah segenapnya apa sahaja urusan. NAMUN, hidup tidak begitu. Ada Malaikat Raqib dan ada Malaikat Atid. Ada Malaikat Malik. Ada Malaikat Riduan. Ada syurga yang berbagai peringkat. Ada neraka yang panasnya bertahap-tahap. Merenung dan muhasabah diri sendiri. Bila sesuatu berlaku tidak seperti apa yang diharapkan. Bila sesuatu berpenghujung tidak sama dengan apa yang dijangkakan. Tentu ada alasannya yang terbaik daripada Tuhan. Ada nikmat yang boleh mengubah dan membuat manusia hina dipandangan TuhanNYA. Ada ujian yang menaikkan darjat hamba-hamba di sisiNYA.

Untuk menenangkan hati dan fikiran dan terus bersangka baik dengan Tuhan, carilah sisi-sisi halus dan tipis dalam setiap dugaan atau musibah.Acuankan hati dan fikiran kita dengan iman dan aura yang baik-baik. Memang sukar tapi in sya Allah kita boleh lakukan dengan syarat ada kemahuan. Sekian

Tinta Perdu Cinta ❤
Kalau Mudah Sangat Takut Terlupa Pula Mahu Bersyukur

logoblog

4 ulasan:

  1. TErima kasih atas perkongsian yang menjentik hati ini. =D

    BalasPadam
  2. Terima kasih, saling mengingatkan akan kuasa Ilahi. Redha lah hati..

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas ingatan. Betul lah tu. Tapi terlebih kesenangan yang dapat pun ujian juga kan kak? Betul kalau saya salah

    BalasPadam
  4. Apa2 pun, kita perlu sentiasa bersyukur

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..