Header Ads

Niat Menghibur Berhujung Dosa

NIAT MENGHIBUR BERHUJUNG DOSAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Melihat orang menangis ada yang berusaha bersungguh-sungguh nak kembalikan segaris senyuman pada yang sedang bersedih. Melihat orang marah, ada yang betul-betul berusaha untuk meredakan rasa yang sedang membara dan membuak-buak. Setiap orang ada cara masing-masing nak mengawal keadaan atau nak kuasai suasana. Tak kisahlah siapa pun orang itu. Ada yang bertindak cerdik dan rasional dan ada yang sebaliknya, bertindak kurang pintar dan menambah lagi rasa kesakitan kepada orang lain.

Bila menambah lagi rasa kesakitan kepada orang lain ini yang tak patut berlaku dan tidak wajar dilakukan. Niat menghibur berhujung dosa. Mungkin ini yang sering terlepas pandang atau ramai yang tidak cakna. Main sebut. main hembus. Main ikut suka. Main-mainkan semua yang serius. Ingat ya, tidak semua selayaknya menggunakan alasan "ini cuma gurauan" . 

Sebelum guna alasan sebatas gurauan, cuba letak diri sendiri pada situasi. Boleh terima tak diperlakukan seperti itu. Boleh terima tak apa yang dilalaui dijadikan bahan jenaka. Nah, kalau rasa hati tak kuat, begitu juga orang lain. Mohon pengertian. Alah anak beranak je pun, alah kawan-kawan je pun, alah saudara mara jepun, alah kan dah lama kenal. Betul juga namun berbaloi ke niat menghibur berhujung dosa. Macam tak ada apa-apa kesan pada setiap apa yang kita lakukan kalau mengalirnya pahala atau balasan kebaikkan tak apa. Tapi kalau yang mengalir itu dosa, nak sampai bila.

Niat menghibur berhujung dosa sangat mudah dilakukan. Sangat-sangat selalu juga orang buat kadang mungkin kita pun buat juga pada orang lain. Cuma kita sedar atau tidak sahaja. Kalau orang yang kena terus tegur boleh kita terus minta maaf tapi kalau tidak takut menerita di sana kelak. Sensitif dengan persekitaran dan kawal lah apa sahaja yang mahu diluahkan. Jangan menjadikan orang lain bahan semata-mata mahu menghibur.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Niat menghibur berhujung dosa.



logoblog

3 ulasan:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..