Header Ads

PC Selamat Terima Suntikan Kedua Vaksin Covid-19

PC SELAMAT TERIMA SUNTIKAN KEDUA VAKSIN COVID-19بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Tiga minggu macam lama sangat. Tapi sebenarnya tidak. Sebab tidak dihitung. Sebaliknya dibiarkan berlalu sahaja dan diisi dengan rutin harian. Jadi terasa cepat sahaja. Eh, dah tiga minggu. 

Ya sudah pun tiga minggu daripada tempoh suntikan vaksin COVID19 dos yang pertama. hari ini, pagi selamat dos kedua vaksin COVID19 disuntik ke tubuh PC. Alhamdulillah. Terima kasih Allah memudahkan semua urusan. Ditambah dengan cuaca menjung dan sejuk. Hujan juga sepanjang hari. Hujan rahmat. menyamankan suasana.

PC Selamat Terima Suntikan Kedua Vaksin Covid-19

Setakat malam ini, alhamdulillah baik-baik sahaja. harapnya terus baik-baik sahajalah. Aamiin. Cuma balik sahaja daripada terima vaksin PC terus rehat. Bukan langsung tidak ada ada, tentu sahaja ada. Cuma setakat ini masih lagi boleh tahan dan cepat-cepat PC menaip. Semangat. Esok lusa kita tidak pernah tau apa ceritanya. Selagi mampu saat ini mana boleh dilakukan dan diusahakan kita cubalah mana yang boleh dan patut.

Ramai juga hari ini ibu mengandung yang terima vaksin. Alhamdulillah. Seronok rasanya melihat masing-masing terima vaksin sama-sama sebagai usahakan. Selebihnya kita serah kepadaNYA. Bismillah. Semoga baik-baik sahaja untuk PC sekeluarga dan keluarga kalian semua sahabat-sahabat blogger yang PC hormati.

Kes semakin meningkat setiap hari. Kes yang positif. Jumlah kematian. Mungkin bagi sesetengah orang berpendapat jangan lihat angka kes baharu yang positif sebaliknya lihatlah angka kematian, yang lebih rendah berbanding negar-negar luar yang lainnya. Tapi tidak bagi PC, kerana sebelum ada kematian positif dijangkiti virus itu terlebih dahulu yang dialami dan terjadi. Jumlah dan kadar yang positif itu lebih perlu diambil kita kerana kita tidak tahu sudah berapa ramai kontek rapat yang tidak dia sedari telah berlaku. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
PC Selamat Terima Suntikan Kedua Vaksin Covid-19 



logoblog

7 ulasan:

  1. tahniah pc. semoga vaksin ni menjadi asbab kita terlindung dari covid

    BalasPadam
  2. Wkmsalam
    Tahniah dah lengkap dua dos vaksinasi

    BalasPadam
  3. Alhamdullillah tahniah pc jaga diri ya

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah kak PC dah setel dah. Take care dan stay safe kak PC :)
    Saya hari sabtu ni cucuk dos kedua. Nervous.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah smoga akak sntiasa dlm lindunganNYA..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, lega bila dah ambik vaksin kan.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..