Header Ads

Perjuangan Yang Keras

PERJUANGAN YANG KERASبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Kalau tidak silap PC penghujung tahun 2019 angin-angin dan beberapa perkhabaran telah pun kedengaran. Sehinggalah 18 Mac 2020. Macam sentiasa terbayang-bayang. Titik permulaan. Fasa perubahan. Garisan permulaan perjuangan yang keras bermula. Allahu. Lebih kurang satu tahun lima bulan. Macam-macam terjadi. Ada banyak perkara dan peristiwa kita semua lalui dan saksikan. Di negara kita Malaysia. Segenap sudut kita teruji dan diuji. Bukan biasa-biasa. Tidak juga main-main. Ini bukan saja-saja menguji. Jauh sekali untuk suka-suka. Tidak. Bukan percubaan menghasilkan kesempurnaan. 

Setiap hari yang dilalui semakin menegangkan. Membimbangkan dan berkali-kali air mata gugur. Kadang tidak sedar pun ianya telah kering sendiri. Lebih sedihnya, rasa sedih yang terlalu mendalam membentengi air mata daripada mengalir sebagaimana yang sepatutnya. Rasa berbisa itu semakin dalam dan semakin membimbangkan. Sungguh. Mencengkam. Mungkin ada yang tidak berasa apa-apa. Mungkin ada yang sudah berasa sangat menderita. 

Setiap hari hati berdebar-debar. Apa lagi hari ini. Siapa pula kali ini. Selepas ini apa. Esok bagaimana. Ya, hidup kita berTUHAN. Percaya dengan segenap jiwa raga atas garisan takdir untuk kita semua dengan jalan cerita dan garis waktu yang berbeza-beza setiap seorang daripada kita. Ya, yakin. Ya, percaya. Semuanya ada kaitan dengan iman kita. Namun begitu tidak terlepas daripada ini semua kita tetap manusia biasa yang ada 'rasa'. Rasa itu ada banyak warnanya. Ada pelbagai bahagiannya walau cuma ditempat yang sama. Dalam hati ada jiwa.

Kita semua sedang melaksanakan perjuangan yang keras. Sangat keras. Siapa pun kita adalah pejuang disaat ini yang telah bermula setahun yang lalu. Biarpun sebenarnya selagi hidup selagi itulah kita mesti berjung dan memperjuangkan namun kali ini ianya berbeza sangat ketara. Berlipat kali ganda. Allahu. 

Aku berjung. kau berjuang. Mereka berjuang. Kita sama-sama berjuang. Sungguh-sungguh kerana Allah swt. Semoga perjuangan yang keras ini menjadi salah satu daripada banyakkan ibadah yang kita lakukan. Kita berjuang dalam keadaan yang masih mampu berdiri. Ada yang sedang berjuang dalam keadaan terbaring lesu. Tidak kurang ada yang berjung saat ini dalam keadaan sedar ditidurkan. Ya Allah. Lindungi kami semua. Pulihkan kesihatan kepada kami dan sesiapa sahaja di luar sana. Kuatkan hati-hati kami untuk terus yakin dan sabar. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Perjuangan Yang Keras 


logoblog

2 ulasan:

  1. Allah menyuruh kita berjuang melalui ujiannya

    BalasPadam
  2. Allah tak kan uji hambaNYA di luar kemampuan. Semoga kita terus bersabar dengan ujian ini. Kita dah pun berusaha untuk dapatkan vaksin. Selebihnya kita berserah kepada Allah.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..