APABILA YANG NYATA SALAH DIBELA ITU BERBAHAYA

APABILA YANG NYATA SALAH DIBELA ITU BERBAHAYA | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Kita bela dia, sedangkan dia salah tapi kita tak tahu dia lakukan kesalahan itu tidak mengapa. Bahayanya bila kita sudah tahu dengan jelas dia salah tapi kita tetap bela dan pertahankan. Ini memang jelas bukan dia sahaja salah, eh dengan kita-kita pun terheret lakukan kesalahan juga.

Di mana-mana ada masalah. Setiap orang buat salah dan masalah. Kita manusia biasa yang tidak ma'sum. Tidak terhindar daripada khilaf. Tapi silap dan salah yang macam mana kita buat. Salah yang disengajakan atau tidak disengajakan. Salah yang pertama kali dibuat atau sudah berulang kali dilakukan. Memang salah, tapi ada tahap-tahapnya. Ada perbezaannya.

Apabila yang nyata salah dibela itu berbahaya. Betul. Salah satu semakin parahnya masalah yang timbul atau berlaku dan berleluasa dengan serius disebabkan yang salah dibela bermati-matian. Bila dia buat salah, tapi dia dilindungi, dia akan rasa selamat dan selesa. Rasa mahu lakukan lagi salah dan ulangi salah itu akan semakin menebal dalam dirinya. 

Sekali buat salah, lepas. Kali kedua buat salah lagi selamat. Ketiga kali tetap ada yang bela. Agak-agaknya hujungnya adakah dia menjadi manusia yang berkualiti hidupnya untuk dirinya sendiri dan orang lain?. Atau semakin bertambah kawan-kawan yang sepertinya. Nampak tak. 

Lebih berbahaya, salahnya terhukum pada orang lain. Sedangkan dia adalah punca. Bijakkan. Memang bijak. Tapi yang bela itu sangat kurang bijak. Ada kulat yang baik. Ada kulat yang beracun dan berbahaya. Kulat yang berbahaya dan beracun bila dicampurkan dengan kulat yang baik ianya akan merosakkan kulat yang baik dan berkualiti tinggi.  

Kesimpulannya, sesubur mana pun pokok itu, bila ada pokok parasit yang tumbuh pada seluruh dahannya, lama kelamaan ianya akan tewas juga. Bukan tidak boleh melindungi. Bukan tidak boleh membela. Boleh sahaja. Tapi pastikan berpada-padalah. Jangan sampai mengorbankan banyak orang yang belum tentu sepenuhnya khilaf itu dia lakukan. kalau tidak tahu cara menjinakkan harimau, pulangkan sahaja ke habitat asalnya. Itu lebih baik daripada harimau itu dilepaskan kemudian mencederakan dan membunuh lebih ramai orang disekitarnya yang cuba mahu menjinakkannya juga.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
APABILA YANG NYATA SALAH DIBELA ITU BERBAHAYA 

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. pengalaman Cida, setahun ni merasalah jd cleaner kerja 20thn polan ni. baru2 ni dgr polan tu kena transfer lg, tmpt lama diganti staf fresh, kesian pengganti dia. seronoknya polan and the team, tu masih terbela. staff lain, slh sikit di besarkan.

    BalasPadam
  2. Begitulah. Adakalanya bila berkuasa terus automatic dia tak bersalah hmmm

    BalasPadam
  3. Biasa la tu..mana- mana je..yang salah dibela dan yang x bersalah tertindas...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama