Majunya Teknologi Jangan Sampai Menampakkan Mundurnya Peradaban Manusia

MAJUNYA TEKNOLOGI JANGAN SAMPAI MENAMPAKKAN MUNDURNYA PERADABAN MANUSIAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Mahu menolak teknologi tidak boleh. Walau cuma masih menggunakan telefon bimbit model biasa-biasa dan sangat sederhana, itu tetap sahaja teknologi. prejudia pada teknologi itu pilihan masing-masing sebenarnya tapi lebih baik fikirkan semula sebaik-baiknya. 

Maksiat atau tidak itukan satu pilihan yang boleh dilakukan. Boleh pilih. Seperti dihadapan kita dihidangkan segelas air sirap bandung laici dan segelas air longkang yang beracun, boleh pilihkan mana yang lebih baik dan terbaik untuk diminum dan dinikmat. Begitu juga dengan teknologi masa kini.

Mengikuti perkembangan teknologi tak salah. Apatah lagi menikmati banyaknya kemudahan yang ada. Silakanlah. Tapi, majunya teknologi jangan sampai manampakkan mundurnya peradaban manusia. Jangan tunjuk kurangnya adab dan akhlak dimedia sosial. Terpengaruh pada perkara baik tidak salah pun, walau melalui media sosial yang cangih-canggih sekarangnya. Pelbagai aplikasi tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan kan. Tinggal pilih, muat turun kemudian fungsikan sebagaimana peranan yang sepatutnya. Tapo kita sebagai pemilik dan pengguna sebarang aplikasi, jangan lupa menjaga. Jangan buat sesuatu seperti tiada hari esok. Seperti hidup selamanya. Seperti dunia ini kita sendiri yang punya. 

Kita kuasai dan urus dengan baik bukan kita dikuasai dan menjadi mangsa majunya teknologi.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Majunya Teknologi Jangan Sampai Menampakkan Mundurnya Peradaban Manusia

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama