TUJU SELESAI DAN TERUS BALIK

TUJU SELESAI DAN TERUS BALIK | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Barang keperluan tetap sahaja perlu dibeli. kalau pun tidak setiap hari seminggu sekali itu sudah pasti. Rutin. Kalau dulu tanpa sebab yang kukuh pun masih lagi boleh sahaja santai berjalan-jalan. Bersiar-siar ke mana sahaja. Tapi tidak sekarang dua tahu kebelakangan ini dan masih tidak pasti juga akan berlanjutan sehingga bila.

Terperuk. Bosan. Buntu. Tepu. Segala rasa ada. Sedih tak dapat sambut hari raya, tak dapat balik kampung jangan dibicarakan, mahunya habis suku kotak tisu dikerjakan lap air mata dan hingus yang meleleh. mahu sembab muka dan bengkak kelopak mata. Adoilah. Tapi rasa yang paling dalam dan mengusai fikiran dan hati adalah rasa ketakutan dengan keadaan sekarang.

Lama dah PC tak sama-sama dengan en suami pergi berbelanja keperluan dapur. Sekarang PC cuma sediakan senarai barang keperluan sahaja dan en suamilah yang akan pergi berbelanja sendiri. Cepat pergi cepat balik rumah. Minimunkan waktu di luar rumah. Ada juga dengar suara-suara sumbang, 'eleh yang dah vaksin tetap kena juga, elak macam mana pun, jaga macam mana pun boleh kena juga'. Sakit telinga dengar. Tapi tak apalah. Ada betulnya juga. Namun satu hal yang perlu kita tahu adalah semuanya itu adalah usaha. Menghindar itu usaha. Vaksin itu usaha. Berjaga-jaga itu usaha. KERANA ALLAH SWT.

TUJU SELESAI DAN TERUS BALIK

Tuju selesai dan terus balik itu juga usaha. Mungkin lain orang lain caranya. Setiap orang ada cara masing-masing yang dipraktikkan untuk menjaga diri masing-masing dan keluarga jugakan. Tawakal tak kena cara dan tempat pun sia-sia juga. Jadi sekarang kami sekeluarga lebih selesa gunakan cara tuju selesai dan terus balik rumah. Ada banyak cara Tuhan nak lindungi hambaNYA. Dan ada banyak cara juga Tuhan nak uji hamba-hambaNYA.

Entah kenapa sekarang PC rasa lebih seram melihat situasi semasa. Jumlah kes yang tidak stabil. Kadar kematian yang meningkat. Apatah lagi sekarang, sudah semakin ramai yang berani dan terbuka keluar kemudian berkumpul beramai-ramai. Cuma boleh melihat dan mendoakan. Selebihnya itu tetap sahaja hak dan pilihan masing-masinglah. 

Doa tanpa usaha macam bancuh kopi guna air sejuk. Usaha tanpa doa macam rumah tiangnya senget. Doa dan usaha itu saling bertautan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
TUJU SELESAI DAN TERUS BALIK

7 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Kena keluar membeli..beli yang beli yang sangat perlu..langkah bijak berjimat

    BalasPadam
  2. sama lah macam saya..tapi saya dari dulu memang jenis tak suka keluar sangat..

    BalasPadam
  3. Kita kena hidup dengan virus ni dah dkrg PC. susah , sukar. tapi ini realiti. Semoga kita semua tabah hadapi ujian ni

    BalasPadam
  4. Sk selalu jugak keluar tapi memang elakkan tempat yg jadi tumpuan ramai. Kalau balik terus cuci tangan. Mencegah tu lebih baik walaupun banyak juga dengar cerita kawan yang jaga SOP tetap kena juga. Kita usaha, doa dan tawakal.

    BalasPadam
  5. masing2 mesti tiasa hati2 jaga diri dlm situasi kini

    BalasPadam
  6. saya pun lama tak membeli barang dapur sejak PKP1.0 lagi. Suami je pergi sorang sorang. Kalau ada keperluan je keluar sama. Itupun tak berlama lamaan. lepas beli terus balik je.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama