TUNDA TUNAI TAPI JANGAN MUNGKIRI JANJI

TUNDA TUNAI TAPI JANGAN MUNGKIRI JANJIبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Khianat bila diberi amanah. Berbohong apabila berbicara. Mungkir janji bila berjanji. Zalim dalam perbuatan. Jangan munafik. Kadang kita terlepas pandang dalam hal ini sehingga kita anggap ianya biasa-biasa sahaja walhal tidak begitu. Sebenarnya banyak lagi perbuatan yang mengakibatkan kita menjadi munafik. namun begitu empat di atas yang sering disebut-sebut.

Salah satunya adalah janji. Tabur janji memang sangat mudah. Sungguh. Tak kisahlah janji hal yang besar ke atau perkara yang kecil dan remeh temeh sahaja. Memang sangat mudah. Yang terima janji terbuai dengan banyak kemanisan itu.Terima janji itu manis tau. Sebab dalam janji itu ada harapan. Ada nikmat dan ada keterujaan yang bukan biasa-biasa.

Sebelum berjanji fikir dulu. Mampu tak nak tunaikan janji. Buat perkiraan betul-betul. Kalau rasa tak mampu jangan buat janji. Jangan suka janji sana sini. Kalau pun telah berjaji begitu begini, tiba-tiba rasa tak boleh atau tak mampu nak tunaikan dengan baik dan sempurna, boleh je jumpa dan minta maaf. Jelaskan apa yang sebenarnya terjadi. In sya Allah orang boleh terima dengan lapang dada. Tiada hutang janji bila masing-masing jelas dan redha.

TUNDA TUNAI  TAPI JANGAN MUNGKIRI JANJI

Atau kalau rasa-rasa tak sedap hati atau malu, tunda tunai janji tu, tapi jangan mungkiri janji. Tunda itu akan dilakukan cuma lebih lewat atau tidak pada waktu yang sepatutnya, sedangkan kalau mungkir janji terus tak beri apa-apa. Mana lebih buat orang kecewa dan sakit hati. Lebih-lebih lagi kalau mungkir janji tanpa alasan yang kukuh. Ikut suka hati je. lagilah orang marah. Jangan sakit hatilah kalau awak kena maki seumur hidup.

Janji dengan Tuhan. Janji dengan sesama manusia. Kena jaga betul-betul. Alah janji je pun. Aah.. janji je. janji ni bukan macam main tikam-tikam zaman kita kecik-kecik tu. Ianya lebih daripada itu. Kerana ada hukum yang perlu kita galas. Lebih baik tunai tanpa janji. Daripada janji tapi tidak ditunaikan. Jangan janji ketika hati sedang merasai kegembiraan. Jangan marah ketika hati lagi dalam kesedihan. Akan ada kesan pada kedua-duanya kelak. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
TUNDA TUNAI  TAPI JANGAN MUNGKIRI JANJI 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Wkmsalam
    Tunda2 janji tu lama2 jadi lupa
    atau buat2 lupa

    BalasPadam
  2. Usahakan menunaikan janji..inshaAllah

    BalasPadam
  3. benda yang paling ammi takutkan adalah menunda sebab ammi ni pelupa. semua benda kene tulis kalau tak memang lupa

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama