Ada Masa-masanya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

ADA MASA-MASANYA

Anak lembu ditambat kemas
Ditambat kemas  tidak meronta
Ada waktu perlu berkeras
Berkeras demi kebaikkan bersama

Batang keladi menjadi rebutan
Enak dimasak asam rebus
Jadi ketakutan angkara dirotan
Perlu sesekali daripada tidak terus

Asam jawa dibungkus rapi
Asam keping tidak ketinggalan
Biar terasa ditelinga berapi-api
Kelak semua menjadi peringatan

Dayung sampan berhati-hati
Pendayung patah susah nanti
Nasihat tidak berkesan terus perhati
Tergelincir kelak merana sendiri

Ketam papan hingga halus
Sudah halus dicat pula
Lisan lembut asyik tembus
Mulakan bertindak ikut sewajarnya

Terliur nampak keria
Sekian untuk semua
Tinta perdu Cinta
Ada masa-masanya

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama

Recent in Sports