DIAM DAN MENJARAK. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Berbicara terus dan mendekati. Ianya salah satu solusi dalam menangani atau berhadapan dengan apa pun itu situasi di sekitar kita. Kadang banyak situasi luar jangka. Di luar pengetahuan kita juga tapi berlaku atau terjadinya ketika kita berada di situ. Kadang kita terheret sama walau tidak tahu apa-apa dan tidak terlibat pun dan kadang kita boleh mengecualikan diri. Lagi satu solusi adalah diam dan menjarak.
Diam dan menjarak. Diam itu sukar. Menjarakkan diri itu lebih-lebih lagi berat. Rasa mahu menerangkan atau membela baik diri sendiri atau orang lain itu tebal pada diri setiap kita. Lebih-lebih lagi mahu menjarakkan diri dalam situasi di mana kita tahu keadaan sebenar seperti apa. kalau pun nak berbicara dan menampilkan diri pastikan sudah cukup teguh untuk terus bersuara dan mendampingi.
Diam disaat kita tahu tidak bererti menutupi. Menjarak diwaktu mungkin diperlukan saat itu tidak bermakna mengelak, menyelamatkan diri atau lepas tangan juga. Kadang pada suatu situasi tertentu, perlu juga bertindak satu langkah ke belakang dengan sangat cepat. Nampak macan berkecuali dan mahu menyelamatkan diri sendiri walhal ianya boleh menyelamatkan ramai orang dan situasi ketika itu.
Diam dan menjarakkan diri itu memberi kesan yang lebih sakit berbanding lawan dengan lisan dan kudrat. Ianya mempu menyerang psikologi dan emosi sedikit demi sedikit perlahan-lahan. Apatah lagi bila ianya dilakuakn secara drastik. Satu saat bila yang diam dan menjarak ini mula buka mulut dan mendekat, nah mahu copot cuping telinga dengar. Mahu tunduk kepala sampai dagu jejak ke dada tak larat angkat muka.
Selangkah ke belakang hari ini tidak mengalah kerana boleh jadi nanti ianya menjadi asbab beribu langkah ke hadapan dengan lebih lancar dan teratur.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Diam Dan Menjarak
Tags:
Santai
Diam pun bahaya jugak. Takut tak tahan nanti meletup lagi naya
BalasPadamSebagai manusia seperti kita semua, ada kekurangan kelebihan..kekurangan dan kelebihan itu menjadikan kita tidak sempurna dalam semua segi. InshaAllah..moga terusa bahagia dalam rahmatNya. aamin
BalasPadam