DIAMBIL SEDIKIT-SEDIKIT
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
Sedar atau tidak
Sedikit demi sedikit mula diambil
Sedar atau tidak
Sedikit demi sedikit telah berkurang
Tidak terus direntap
Tidak terus diragut
Perlahan-lahan
Allah SWT memang PENYAYANG
Yakin
Tidak perasan jadi sedar
Tidak cakna jadi khuwatir
Peringatan dan amaran
Masih dekat jasad
Semakin menjauh hayat
Jangan putus pandang
Jangan lupa berbudi
Teruskan berbakti
Teruskan jangan kira mampu
Pastikan sentiasa mahu
Mahu itu penggerak
Diambil sedikit-sedikit
Sebagai ujian
Sebagai amaran
Sebagai petanda cinta dan peduli
Bukan suka-sukanya Tuhan
Pasti ada alasan yang mapan
Sedikit yang panjang
Sedikit yang berterusan
Sedikit yang mendalam
Sejauh mana kita merasa
Merana atau menerima
Pasrah menyerah atau
Redha tawakkal
Sayang belum tentu memberi
Memberi belum tentu sayang
Cari titik yang mampu mengubah
Hingga berubah
Moga kita segera sedar
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Diambil Sedikit-sedikit
Tags:
Santai
Memang Allah sayang kita...
BalasPadamSangat-sangat sayang.
PadamWalaupun sedikit demi sedikit diambil..msih ramai lagi yang berdalih
BalasPadamNikmat sihat seperti itulah kak PC..tahu2 saja diri semakin tak berdaya
BalasPadamterima kasih atas coretan ini
BalasPadam