JADIKAN MUDAH SAHAJA

JADIKAN MUDAH SAHAJA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Selamat berhari Sabtu semua. Selamat bertugas bagi yang bertudas. Selamat beristirehat bagi yang sedang bercuti ya. Di mana pun kalian berada semoga segala urusan dipermudahkan olehNYA. Lancar semua. Tetap perlu patuhi SOP ya. 

Mematuhi SOP pun salah satu cara mumudahkan orang lain dan diri kita sendiri juga. jangan kita sibuk suruh orang patuh SOP, tapi diri sendiri langgar SOP. Sama-samalah ya. Sedikit demi sedikit kelonggaran diberi kepada kita. namun begitu ianya bukan satu tiket untuk disalah guna atau merapu entah apa-apa. Hargai dan gunakan dengan betul serta sebaik-baiknya.

Sebaik-baikny jadikan mudah perkara yang mudah. Kalau perkara itu sukar pun, kalau boleh jadikan mudah, maka permudahkanlah. Asal jangan memang perkara itu serius dan perlu perhatian lebih tapi dibuat tidak endah. Itu memang tidak wajarlah. Sesuaikan dengan keadaan dan keperluannya juga.

Indah sungguh mentari senja
Pemandangan indah terapi jiwa
Hidup perlu bergurau senda
Kurang kedut awet wajahnya

Berlapis ada tujuh warnanya
Sesekali muncul mengheboh suasana
Bawa santai kena pada urusannya
Perkara sukar mudah akhirnya

Duduk sendiri sambil mengarang
Mengarang syair intan baiduri
Bila senang memudahkan orang
Senang juga urusan sendiri

Apa yang kembali kepada kita, dasarnya adalah apa yang kita telah lakukan. Apa yang kamu beri itu yang bakal kamu terima kembali. Tetapi jangan hairan ya kalau sebaliknya yang berlaku. Kita baik-baik sahaja, kita tak usik orang lain, tapi eh, orang lain kacau kita. Percayalah dalam dunia ini tidak semua orang suka akan hal baik. Berasa tidak senang hati dengan perkara baik. Disamping itu semua tidak lain dan tidak bukan ujian daripada Tuhan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
JADIKAN MUDAH SAHAJA



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. santai petang membaca pantu kat blog ni..hehehe

    BalasPadam
  2. Begitu la hakikatnya. Duduk diam-diam pun ada yang iri. Selamat berhujung minggu PC. ^^

    BalasPadam
  3. betul tu...kalau dah duduk baik baik masih ada yang mengganggu...anggap je la ujian hidup... susah nak puaskan hati semua orang

    BalasPadam
  4. semogaAllah permudahkan urusan kita seharian n seterusnya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama