Kerana Tidak Tahu Esok Bagaimana

KERANA TIDAK TAHU ESOK BAGAIMANA. Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Assalammualaikum wbt. Hari ini sudah ada rencana untuk esok. Malahan terkadang lebih awal sudah merencananya.Bagaimana esok. Tunggulah esok. Berlaku atau sebaliknya.

Awal-awal dan awalkan.Melakukan persediaan tidak salah. Menyediakan beberapa rancangan sebagai langkah berjaga-jaga pun wajar sangat-sangat. Suatu yang boleh diawalkan mengapa tidak. Suatu yang awal-awal boleh bertindak pilihlah jalan itu. 

Bertangguh.Rasa itu PC yakin tidak semuanya negatif. Bertangguh selalu disebabkan rasa malas. Tapi percayalah adakala bertangguh itu cara yang Allah SWT lorong dan dorongkan untuk kita lakukan. Disampingnya ada kebaikkan, namun begitu ingat ya, ada masa ianya permainan dan hasutan nafsu dengan campurtangan syaitan atau iblis yang mahu membinasakan.

Justeru itu kerana tidak tahu esok bagaimana, sekiranya hal itu boleh dilunaskan awal dan paling segera maka segerakanlah. Kita senang orang lain mudah. 

Pada setiap baki dan sisa usia serta masa yang masih Allah swt pinjamkan, gandakan taubat kepadaNYA. Banyakkan meminta maaf dengan sesama kita. Tidak rugi pun kerana nanti bila sudah memulakan kehidupan di alam yang baharu dan kekal selamanya sebesar apa pun rasa penyesalan sudah tidak bermakna lagi.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Kerana Tidak Tahu Esok Bagaimana 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama