MUDAH JELASKAN TAPI TIDAK MUDAH DIPATUHI

MUDAH JELASKAN TAPI TIDAK MUDAH DIPATUHI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Benarlah apa yang sudah menjadi darah daging agak sukar untuk diubah dan dileraikan dengan suatu norma dan peraturan yang baharu. PC juga rasakan begitu. 

Selesa. Rasa selesa itu buat kita sukar untuk beralih pada suatu yang lain. Namun tidak lagi sekarang. Buat masa ini sehingga satu masa yang ditetap dan diizin Tuhan, serba serbi ada yang perlu kita ubah dan berubah.

MUDAH JELASKAN TAPI TIDAK MUDAH DIPATUHI

Kita nak cakap, terangkan pada orang mudah sangat. Cakap je. Walaupun ulang-ulang. Orang yang dengar pun akan dengar je. Walau perkara yang sama. Sama ada terpaksa dengar atau memang suka nak dengar. Tadah je la. Tak gitu. Tapi setakat mana fahamnya. Sekadar mana boleh dihadap dengan baik kemudian lakukan dengan baik juga. Senang bagi sesetengah orang tapi tidak mudah bagi sesetengah yang lainnya pula.

Mudah jelaskan tapi tidak mudah dipatuhi. Macam cakap dengan anak kecil. jangan panjant-panjat nanti jatuh. Luka, cedera dan sebagainya. Ya, anak kecil dengar, tapi patuh apa yang kita cakap belum tentu. Boleh faham atau tidak belum pasti. Sehinggalah ada masanya dia rasa sendiri sakitnya jatuh. Tengok sendiri merahnya darah yang mengalir daripada luka. Itu anak kecil. Dewasa? Orang tua?

Kesimpulannya, sekiranya dengan mematuhi itu memberi banyak manfaat kepada ramai orang, bekorbanlah sikit. Kalau rasa orang tidak hargai apa yang kita lakukan dan patuhi tidak mengapa, niat buat kerana Allah. Semoga kebaikkan kita menjadi asbab Allah swt lindungi kita dan keluarga kita juga dalam masa yang sama. Kita belum selesai berjuang. Kita sedang menuju era baharu yang lebih mendidik hati manusia lebih sabar dan patuh. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
MUDAH JELASKAN TAPI TIDAK MUDAH DIPATUHI 



4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. masih di tahap ribu..semoga rakyat Malaysia tabah termasuk kita dijauhi covid-19. Aamiin

    BalasPadam
  2. nak mematuhi kadang-kadang yang besar pun payah nak dilentur

    BalasPadam
  3. Wkmsalam
    Ada orang yang peranan mereka memang sebagai pembangkang/penentang
    Walau pun yang betul tetap kena bangkang/tentang

    BalasPadam
  4. kadang mendengar apa yg suka didengar saja kan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama