Sampai Sekarang Pun Masih Tetap Sekali Sekala Sahaja

SAMPAI SEKARANG PUN MASIH TETAP SEKALI SEKALA SAHAJA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Assalammualaikum wbt. ''Duit belanja jimat. Lebih masuk tabung. Waktu rehat pergi kedai dengan kawan-kawan jangan beli jajan je. Kalau beli jajan jangan banyak-banyak. Makan jajan boleh tapi cuma sekali sekala sahaja. Dengar tak..'' inilah pesan mama dan babah setiap hari sebelum pergi sekolah. PC ingat sampai sekarang. Dan sampai sekarang pun mama babah tetap selalu ingatkan sentiasa jaga pemakanan. Cuma anaknya yang kadang terlupa dan besarkan nafsu belaka.

Sampai Sekarang Pun Masih Tetap Sekali Sekala Sahaja

Kalau siapa yang tinggal atau anak jati Negeri Merah Biru Johor. Mesti tahu biasanya pagi sekolah kebangsaan atau sekolah menengah dan sebelah petang ada sekolah agama. Kalau yang dah sekolah khas tu cuma pergi sekolah agama hari sabtu sahaja. Dulu sekolah agama siapa yang tak lulus masa peperiksaan akhir tahun tak boleh naik kelas. Bahaya ooo. Sebelum malu, maka gigih belajar dan ulangkaji serta buat latihan betul-betul. Alhamdulillah PC selalu lulus setiap tahun. Kalau tak mahu kena ikat kat pokok pelam tepi rumah sekali pakej dengan kerengga. Ampun. Yang selalu takut-takutkan PC, pakusu PClah. Jua kalau tak lulus nanti pakusu suruh babah ikat kat pokok pelam. Cehh buruk perangai. Walau PC tahu pakusu PC gurau tapi jujur ada rasa takut juga. Hahahaha.

Bersyukurnya PC sekolah kebangsaan  dengan sekolah agama bangunannya dan tempatnya dekat sangat-sangat. Depan belakang je. Kadang tengari tak balik pun. Mama atau babah akan hantar makanan untuk makan tengari dengan kawan-kawan sebelum sambung masuk kelas sekolah agama sebelah petang. Dan waktu yang ada itulah PC dengan kawan-kawan selalu pergi kedai yang sangat dekat dengan sekolah kami. Inilah cabarannya dan selalu terbabas beli jajan oii. Budak-budakkan. Alahai alasan sangat. Kadang dah habis makan baru ingat pesan mama dan babah jangan makan jajan banyak-banyak. Alhamdulillah cuma sesekali terlajaknya makan jajan.

Sampai Sekarang Pun Masih Tetap Sekali Sekala Sahaja

Bila fikir semula sekarang ni, ada betulnya juga. Jadi, sampai sekarang pun masih tetap sekali sekala sahaja PC makan jajan yang PC suka sedari zaman kanak-kanak. Sambil makan sambil memori yang dulu menjengah kembali. Satu per satu. Allahu. Beginilah kehidupan kita. Mana yang baik pesan daripada ibu bapa dan orang lain untuk kita, jangan buang sebaliknya simpan dan praktikkan untuk kebaikkan.Tak merugikan pun. lainlah kalau orang hasut buat perkara tidak baik atau membinasakan, itu kena cepat-cepat tepis dan buang jauh-jauh.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sampai Sekarang Pun Masih Tetap Sekali Sekala Sahaja

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. One of my best junk food since childhood.. paling suka dr kecik flavour cheese.. rasa nak pi beli lak lepas baca blog PC..hehe

    BalasPadam
  2. Suka Twisties!!Tapi rasanya macam kurang ummmppphhhh...kalau dibandingkan dengan dulu punya rasa. Keropok Super Ring pun sama. Macam dah kurang rencah. Hi3

    BalasPadam
  3. suka mkn ms kecik wpun tak kerap. bila besar ni, mkn akan bg effect sakit perut dan muntah. so sy dh stop mkn. mgkin tak kena dgn tubuh. klu dulu klu travel naik kete mmg jadikan budaya beli jajan mkn dlm kereta. orglain ok je tak masalah bila mkn. klu teringin, mkn je 1-2 pcs buat2 merasa

    BalasPadam
  4. Shida kurg skit twisties ni..dulu shida ketagih mkn jajan keropok yg blh cicah sos tu..ape tah nama dia hahaaa lupa..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama