SEBALIKNYA

SEBALIKNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Jalan tidak semuanya lurus. Kalau ada jalan yang lurus pun tidak sentiasa rata permukaannya. Ini adalah hakikat. Walaupun sekali imbas jalan itu lurus dan rata sahaja permukaannya, itu cuba sekilas pandangnya kita. Begitulah ibaratnya kehidupan kita. 

Apa yang kita lihat pada orang tidak sama dengan apa yang mereka lalui dan begitu jugalah sebaliknya, kalau orang tengok yang mulus-mulus pada kita, hakikatnya mereka tidak ketahui juga ceritanya seperti apa dan bagaimana. 

Kadang kita sesat mencari tempat. Sesat dalam perjalanan. Diharapkan segera sampai tepat waktu ,eh sebaliknya yang berlaku. Kita harapkan semuanya berjalan lancar seperti apa yang direncana dan disusunatur, sebaliknya pula terjadi, timbul masalah di sana sini. Harapkan hujan sampai ke petang, eh rupa-rupanya turun selebat-lebatnya hujan ditengahari. 

Dan

Sebaliknya

Boleh terjadi

Kita hambaNYA akan selalu berusaha. Akan sokong dengan sebanyak-banyaknya doa. Minta lagi orang lain doakan kita kerana mungkin doa-doa orang lain lebih cepat Tuhan angkat dan kabulkan. Tidak ada salahnya minta orang doakan kita. Tak rugi juga kalau kita doakan orang lain. Tapi kena berlapang dada bila permintaan kecil kita orang persendakan ya. Sabar.

Salam hidup kita ni akan ada ketikannya sebaliknya akan terjadi dan kita lalui. Bersedia atau tidak bersedia. mahu atau tidak mahu. Berlapang dada atau dengan berat hati. Sungguh. Kita manusia merencana. Kemudian berharap. Tidak ada sesiapa pun yang berharap yang tidak baik. Semua nak yang baik-baik. Tapi boleh sahaja terjadi sebaliknya.

Bersedia yang buruk dahulu sebaliknya Allah swt beri yang terbaik. Itu tidak menjadi masalah ya. Apa yang sering mennjadi tamparan hebat adalah apabila apa yang kita bayangkan semuanya baik-baik sahaja, indah-indah semua dan mannis-manis belaka tetapi sebaliknya yang terjadi meleset jauh sangat. Nah, cabaran iman dan kewarasan akal fikiran. 

'Sebaliknya', boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Kadang cuma sekelip mata. Tapi percayalah, kadang apa yang kita bayangkan tidak terjadi, sedangkan apa yang mahu dielak itu berlaku kerana Allah swt mahu beri kita sesuatu yang berganda-ganda nikmat kebaikkannya. Cuma itulah, berat untuk kita tanggung. 

Sekian
Tinta perdu Cinta ❤
SEBALIKNYA 


5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Takdir kehidupan manusia saling berbeda, mungkin beda umpama di mana kita hidup berkehidupan kan...Syukuri nikmat kehidupan ini

    BalasPadam
  2. Tak semua yang kita harapkan akan terlaksana mengikut kehendak kita

    BalasPadam
  3. setiap apa yang kita alami, tu memang ketentuan dariNya, apa yang penting kita harus sabar dan berusaha capai apa yang kita hajati tanpa jemu kan

    BalasPadam
  4. ironi kehidupan begitu selalu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama