SEJAUH MANA BOLEH BERTAHAN DAN MEMPERTAHANKANNYA

SEJAUH MANA BOLEH BERTAHAN DAN MEMPERTAHANKANNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Bertahan mungkin ramai orang boleh lakukannya namun untuk mempertahankan sesuatu itu terkadang menemui satu titik lelah hingga membuatkan manusia tewas dan mengalah. Pilihan. 

Kata-kata mudah dan sangat ringan dilisankan. Oleh sesiapa sahaja dan kepada sesiapa sahaja juga. Tak kisahlah lisan yang baik-baik atau sebaliknya yang kurang baik. Sama juga seperti buat baik, sesiapa sahaja boleh buat baik dan sebaliknya juga. Pun tinggal pilih sahajalah. Dalam hidup ni ada yang boleh dan ada yang tidak boleh. Sebab ada syurga dan ada neraka. Ada pahala dan ada dosa. Ada nikmat dan ada azab. 

Sejauh mana boleh bertahan dan mempertahankannya. Luas konteksnya. Berbalik pada diri kita. Kalau kita mahu mulakan dan telah mulakan satu langkah yang baik, sejauh mana boleh bertahannya kita dalam setiap langkah kebaikkan atau langkah yang baik-baik itu, kerana mahu mempertahankannya bukan mudah. 

Kalau kita bersabar dengan tekanan daripada dalam diri atau sekeliling kita, sekadar mana mampunya diri bertahan dengan terus bersabar dan  terus mempertahankan dengan sentiasa bersangka baik setiap masa. 

Sebenarnya dalam apa pun situasi yang kita alami, diri kita sendiri tahu had dan sekadar mana mampunya kita bertahan dan mempetahankan. Bertahan itu berat. Mempertahankan itu llebih berat apa yang perlu digalas. Bertahan barangkali cuma diri sendiri tetapi mempertahankan terkadang dilakukan tidak hanya untuk diri sendiri tetapi melibatkan sekeliling dan orang lain juga. 

Persoalan ringan sangat ni, sejauh mana kita boleh bertahan tidak terlalu bebas ke mana-mana dan sekadar mana kita mempertahankan norma baharu yang wajar diaplikasikan sepanjang waktu. Cabaran untuk kita semua sebenarnya. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
SEJAUH MANA BOLEH BERTAHAN DAN MEMPERTAHANKANNYA  
 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama