SEMUA MEDIA SOSIAL ADA RISIKO DAN ADA MANFAATNYA JUGA

SEMUA MEDIA SOSIAL ADA RISIKO DAN ADA MANFAATNYA JUGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Kalau dulu siapa yang ada akaun media sosial itu yang aneh kerana masih berada dalam kelompok menoriti. Tapi sekarang dah terbalik. Sekarang siapa yang tidak ada media sosial paling tidak pun whatsapp itu dah dianggap aneh. 

Aneh ke?. Tidak bagi PC. Ketinggalan ke? Tidak juga pada pandangan PC. Masih ramai ibu bapa yang tidak ada telefon pintar. Tapi masih boleh mendapat maklumat penting. Masih boleh mengikuti perkembangan semasa. Sebab bagi PC, bila seseorang itu memiliki sesuatu atau tidak memiliki sesuatu walaupun dia mampu, itu semua berbalik pada pilihan masing-masing. 

Contoh mudah, pakngah PC sendiri, ada samarphone yang dibelikan anaknya tapi tetap guna telefon oldschool yang dah retak screen nya. Siap ikan getah lagi. Babah PC, dah PC belikan oldschool yang moden sikit, eh sanggup pergi kedai cari model yang sama dengan telefon yang selalu dan selesa babah guna tu. Penyudahnya yang PC belikan simpan dalam almari. Bila usik babah nak ganti ke smartphone, senyap tak berjawab. I know you babah. You're my first imam and hero. Satu hal yang PC belajar, 'selesa'. Citarasa kita anak yang beranggapan teknologi canggih memudahkan urusan komunikasi dan penerimaan maklumat tidak semestinya mudah diterima oleh ibu ayah kita. Ada ibu ayah yang mudah dan suka beradabtasi dengan teknologi tetapi ada yang selesa dengan 'selesa' nya diri dia.

Kena perli itu biasa. Kena ketawakan itu selalu. Tapi tidak mengapa. Yang tua beruntung kerana melewati usia muda dan remaja, sedangkan yang muda dan remaja belum tentu mencapai ke titik usia tua. Hati-hati. 

Ada pro dan kontranya. Ada baik juga buruknya. Ada lebih dan tidak kurang ada kekurangannya. Semua media sosial ada risiko dan ada manfaatnya juga. Balik lagi ikut pada keperluan masing-masing. kalau dia rasa perlu maka itu yang akan dipilih. Tapi dia rasakan tidak perlu dan sudah cukup dengan apa yang ada, maka teruskan sahaja. Kalau tidak ada lepbih buat hidup semakin tenang dan gembira, maka tidak menjadi masalah kalau tidak mempunyai media sosial. Tapi kalau ianya memang perlu atas alasan yang kukuh, maka adakan dan uruslah dengan sebaik-baiknya.

Pandai-pandailah pilih dan mengemudi media sosial. Setiap satunya ada risiko tidak kurang ada manfaatnya juga jika diurus dengan betul. jelas tujuannya in sya Allah selamat dunia akhirat. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤ 
SEMUA MEDIA SOSIAL ADA RISIKO DAN ADA MANFAATNYA JUGA 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Perlu ikut arus walau tak mahu. Cuma perlu hati² dan mengawal. Rasanya dunia medsoc ni lebih bahaya kalau terlalu leka

    BalasPadam
  2. ada baik. buruknya
    cuma. jgn leka
    kadang2 merisaukan. jga utk. diri. sendiri. pun

    BalasPadam
  3. Ya ambil manfaat, elakkan melihat benda memesongkan akidah..Zaman Moden ini realitinya di hujung jari. Itu saja kasihan yang obses teknolongi hingga kurus tak ingat makan..dunianya game ke apa2 di internet. Begini mohon Keluarga Malaysia hangan tertipu daya Dunia semata.

    BalasPadam
  4. Doakan genarasi baru agar mereka hebat dalam berinformasi dan tak tertipu daya hal internet maya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama