SENSASI ADALAH DAYA TARIKAN

SENSASI ADALAH DAYA TARIKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Selamat memulakan tugas semua. Setiap kita ada tugas masing-masing. Tapi kita semua ada persamaan. Tugas menjadi hambaNYA. Semoga apa pun yang kita lakukan semua berlangsung dengan lancar dan berkat. Aamiin.

Lama tak ikuti perkembangan kes Covid19. Tak tahulah kenapa. Cuma sentiasa berharap kes semakin berkurang dan kadar kematian semakin mengecil la setiap hari, ditambah sekarang ada negeri sudah ke fasa yang lebih baik. Alhamdulillah. Namun begitu ianya bukan tiket untuk panjang langkah dan bebas ke mana-mana. kalau pun panjang langkah, tetap sahaja perlu patuhi SOP.

Bila keadaan sudah semakin pulih nanti, paling diharapkan ada banyak promosi di sana sini lebih-lebih lagi tempat-tempat pelanconganlah. Destinasi pelancongan yang sekarang ini sangat diintai oleh ramai orang. Tawaran harga promosi, diskaun dan sebagainya menjadi dambaan semua orang. Kos berpatutan tapi tawarkan suatu yang berkualiti siapa yang tidak mahu. Perkhidmatan, makanan, destinasi-destinasi menarik semua ada daya tarikannya tersendiri. Termasuklah sensasi, merupakan salah satu daya tarikan juga.

Sensasi baik, sensasi kurang baik, sensasi pada tempat atau kawasan dan sensasi kepada individu serta sensasi perkhabaran. Ianya merupakan satu daya tarikan untuk orang ramai ambil tahu dan lebih tahu lagi. Sensasi berterusan atau bermusim sentiasa ada disekitar kita. Cuma kita cakna atau tidak sahaja. Minat ambil tahu atau lebih minat buat tidak tahu. Macam tulah.

Sekarang yang masih sensasi adalah kes COVID19. Semua orang mahu tidak mahu mesti kena ambil tahu dan  tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sekarang ni kita tolong diri sendiri dalam masa sama akan bantu orang lain juga. Sebab itulah bila ikut suka sendiri tidak mustahil berdampak besar kepada orang lain juga. Maka sensasi lagi nanti. Sensasi ni tidak semestinya perlu terpapar di dada-dada akhbar ya, sekarang ni lebih mudah dan cepat dengan media sosial yang berkesinambungan. 

Ya, sensasi itu ada daya tarikannya tersendiri. Tapi boleh tak sesiapa sahaja atau tempat apa pun itu jadi maju, dikenali dan berkualiti tanpa sensasi. Jawapannya adalah BOLEH SANGAT. Sensasi itu ada banyak cara dan ada pelbagai cabangnya. Jangan terjebak dengan sensasi yang membinasakan. Itu paling penting.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sensasi adalah daya tarikan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Saya pun agak kurang dah mengikuti COVID-19. Rasa macam nak ignore takut risau tapi tak boleh ignore macam tu lah.

    Ada jugak nak bercuti tapi lain macam juga harga zaman covid ni. Tunggu dah berkurang kes barulah mula bercuti kot. Tengok keadaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak PC lama dah tak tengok jumlah ke apa Fiza. Entahlah. Bersyukur dah boleh rentas negeri tapi hati tak berapa tenang juga.

      Padam
  2. Uncle pun sekali sekala je update pasal covid

    BalasPadam
  3. Moga Covid-19 terus lemah dan tidak terdaya lagi menyerang manusia

    BalasPadam
  4. walau tak update kdg2 ambil tahu juga..yg penting nk tahu kadar kes harian dan kadar kematian harian..harap dua2 ni dapat menurun..

    BalasPadam
  5. Hari ini 11 oct 2021 sdh dibenarkan merentas negeri. Covid tetap sama bahkan semakin menjadi.. kita tawakkal kita pasrah diri agar semua rakan2 blogger dirahmati

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama