Tahap Macam Mabuk Kepayang Ke Gila Bayang Ni Dengan Blog

TAHAP MACAM MABUK KEPAYANG KE GILA BAYANG NI DENGAN BLOGبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Macam aur dengan tebing. Seperti isi dengan kuku. Macam sumbu dapat penutup. Ha macam gitu bunyinya. Nak kata taksub macam dahsyat sangat la pulak. Macam over-nya ko ni. Tapi seorang blogger dia akan tahu bagaiamana dan apa ertinya rasa sayang dan rindu pada blognya. Tak tipu. PC dah rasa bila handphone rosak, laptop rosak dalam jeda waktu yang tidak berjarak lama, fuhh berdentam dentum rasa bila terbatas nak buka blog. 

Bila sudah terbiasa dengan laptop buka blog, sekali kena guna telefon pulak, mahu guling-guling rasa jiwa ni. Tapi kalau sudah terbiasa buka telefon, tiba-tiba guna laptop, tadaaaaa luas pemandangan biji mata melilau. Tak kisahlah medium apa yang digunakan asal dapat update satu dua artikel  pun bersyukur sangat. Itulah blogger dengan blognya.

Betul ke blogger dengan blognya boleh sampai tahap macam mabuk kepayang atau gila bayang. Lain orang lain-lain cara bawaan atau pendekatannya dengan blog masing-masing. Ada yang memang sampai tahap macam tu, bukan kerana berlebihan tapi kerana sangat menghargai dan sayang dengan blog yang dimiliki. Blog buka cuma tempat mencurahkan idea dan berkongsi apa sahaja artikel, tapi blog juga mennjadi salah satu ujian buat pemiliknya. 

Blogger, blog adalah salah satu entuk ujian yang Allah swt beri kepada kita. Percayalah. Tak main-main. Bukan blog sahaja. Media sosial yang lain juga begitu. Seterusnya, ada pula yang santai sahaja dengan blognya. Cukup santai. Tidak memaksakan atau mengharuskan dan memestikan dirinya untuk sentiasa melihat blognya. Ada masa ada idea maka adalah artikelnya, jika tidak maka tidaklah. Ha, ada juga begitu. Pun boleh juga, kerana setiap blogger ada komitmen masing-masing.

Artikel yang dikongsi itu adalah hasil akhir. Kalau lari, itulah garis penamatnya. Tentu ada kisah disebalik mahu menghasilkan sebuah artikel. Kalau wartawan, turun ke lapangan mencari bahan berita. Kalau doktor sebelum tentukan jenis dan kadar ubat kepada pesakit dia perlu buat pemeriksaan, temubual dulu kemudian baharulah beri ubat kepada pesakit. Macam itu jugalah seorang blogger. 

Ada kerja keras yang mesti dia lakukan. Jadi jangan hairan kalau blogger ni dia rasa tidak tenang atau kurang gembira selagi tidak dapat erkongsi artikel  diblognya. Kalau kongsi gambar, gambarlah. Kalau resepi maka resepilah dan sebagainya ikut selesa dan kemahiran masing-masing.

Follower, blog archive, pageview adalah seperti roh dan nyawa kepada blog yang dengan izin Allah swt diisi oleh sahabat-sahabat blogger yang tidak pernah jemu untuk singgah dan meninggalkan ulasan. Kalau tidak meninggalakan ulasan sekalipun ianya tetap menjadi nilai tambah besar kepada pageview sebuah blog. Justeru itu tidak hairan kalau blogger sentiasa membara semangatnya untuk lebih sayang dan menghargai blognya dengan pelbagai artikel dikongsikan setiap hari yang terkadang tidak kurang daripada satu perkongsian. Mantap ah. 

Tahap Macam Mabuk Kepayang Ke Gila Bayang Ni Dengan Blog

Satu punca dan segala sumber baik semangat, idea, datangnya sokongan daripada sahabat blogger adalah Allah swt. DIA yang menggerakkan semuanya. Segala-galanya DIA yang susun dan permudahkan. Kalau rezeki jangan dan tidak boleh dinilai cuma dalam bentuk harta atau wang sahaja, begitu juga dengan sedekah atau memberi sesuatu. 

Sedekah pun jangan dianggap bila beri duit atau barang dan benda itu baru dianggap sedekah yang sebenar-benarnya, memang tidak dinafikan begitu sifirnya tetapi skop dan pengertian sedekah itu adalah sangat luas dan dalam sebagaimana konsep rezeki bukan cuma duit sahaja. Kita suka tapi Tuhan tak suka itu sengsara. Kita suka Tuhan redha itu nikmat luar biasa. Sekian
 
Tinta Perdu Cinta ❤
Tahap Macam Mabuk Kepayang Ke Gila Bayang Ni Dengan Blog

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. abe kie tulis blog utk isi masa lapang sambil kenal rakan blogger yg lain. Jika dpt job review tu kira bonus la. dpt gak byr rega domain tu. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  2. Betul sangat! Sayang betul saya dengan blog dari tahun 2010 tu. Dulunya banyak kisah cinta monyet dgn husband, kemudian berevolusi ikut peredaran semasa. Cara menulis pun sedikit sebanyak matang selaras usia. Hihi.

    BalasPadam
  3. Gila bayang?

    Uncle dah tak tau macam mana nak berhenti.... haha

    BalasPadam
  4. Betul. Ibarat catatan kehidupan untuk dikongsi bersama. Bukan senang tau nak karang ayat walaupun santai. 😭

    BalasPadam
  5. Heheheh.. mabuk kepayang dengan blog sendiri tak apo 😂😂😂

    BalasPadam
  6. betul2
    sebolehnya dlm sehari mesti tgk
    kadang2 guna hp. nk komen tak blh
    mampu baca je blog lain
    sb hp ni email kalu msk lain nama nanti

    BalasPadam
  7. Yaaa..ada masa memang mabuk kepayang, lagi lagi bila ada target pageview yang diingini tu...rasa tak sempurna kalau tak hapdet atau singgah sekejap ke ruangan blog ni...Moga perkongsian yang dibuat kat blog sentiasa berguna untuk mereka yang mencari info...

    BalasPadam
  8. Kalau untuk Kak Sue rasa macam mabuk kepayang lah jugak kadang-kadang tu.. hahaha.. Kadang rindu sangat nak tulis kat blog hari-hari, tapi tu lah rasa tak cukup masa aja selalu. Apa yang Kak Sue sibukkan pun entah lah PC..

    BalasPadam
  9. blogging mengujakab menuju sasaran matlamat kak kadan dah xcukup masa nk bergelut dgnblogging dll medsos sedar2 saja dah mlm n perlu tidur

    BalasPadam
  10. Dah jadi blogger ni susah nak berpisah dengan blog. Lama tak update, jadi rindu betul. Hanya blogger faham perasaan tu :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama