Tidak Semua Asli Tidak Semua Palsu

TIDAK SEMUA ASLI TIDAK SEMUA PALSUبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt. Bermakna ada yang jujur apa seadanya dan ada juga yang  menipu atau berpura-pura. Bererti diri sendiri sahaja dengan Allah SWT yang tahu dengan tepat dan jelas. 

Menilai buku jangan sekadar melihat dan menilai kulitnya. Betul sangat-sangat. Menilai orang pun jangan cuma sekadar di media sosial semata-mata. Pun betul, sama juga menilai sesuatu jangan berdasarkan testimoni melulu. Juga ada betulnya.

Tidak Semua Asli Tidak Semua Palsu
Gambar Hiasan | Google Image

Kalau melibatkan orang terutamanyalah, sebelum kenal atau jumpa jangan cepat membuat penilaian sama ada penilaian yang baik atau berprasangka yang negatif. Terutama bila melihat di media sosial. Boleh jadi yang dipapar atau dikongsi semua indahkan dan baik-baik semuanya sedang hakikatnya tidak begitu. Boleh jadi yang dihebah dan dipamerkan kurang menarik dan hambar namun jauh daripada itu semua, hakikatnya sangat-sangat terbaik. 

Apa sahaja yang kita lihat, dengar dan dapat itu tidak semua asli dan tidak semua palsu.Masa dan keadaan sering membuktikan dan membongkar kebenaran semuanya.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tidak Semua Asli Tidak Semua Palsu
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Hidup itu perjalanan( journey) bukan perlumbaan (race) kerana hidup ini biarlah bahagia walaupun lambat tetapi tidak bersifat sementara. Jikalau itu, mengapa berlumba-lumba?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama