Ditakut-takutkan Berkesannya Jangka Pendek

DITAKUT-TAKUTKAN BERKESANNYA JANGKA PENDEKبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt. Logiknya apa tidak tahu tapi ditakut-takutkan terlebih dahulu. maklumlah budak-budak tidak memahami lagi, kalau rang tua atau yang lebih dewasa cakap A maka A lah. Kalau bulat maka bulatlah. Ikutkan sahaja. Sama juga kalau ditakut-takutkan, padahal berkesannya jangka pendek je pun. Tapi oleh kerana kadang tindakkan tu perlu yang cepat dan spontan maka yang paling mudah dilakukan. Begitulah kisah bila mahu menegah anak-anak diperingkat awal bila apa yang ibu bapa atau orang lebih dewasa cakap berulangkali tapi mereka tidak mahu dengar atau mereka sengaja abaikan. Nah maka mendapatlah.

Abang, cepat mandi.. jangan melawan cakap ibu, nanti derhaka keras jadi batu. Entah kenapa tiba-tiba langit berubah gelap yang tadinya memang mendung nak hujan tapi menjadi semkain gelap pekat. Terkedu si anak. Terdiam tidak bergerak pun, nah ibunya pun ambil peluang, hidupkan lagi watak. Ayo kan dah gelap, tak nak dengar cakap ibu kan suruh mandi. Habislah keras jadi batu nanti. Ditambah ada kilat. Ada guruh. Alam sepertinya memberi kerjasama dengan izin Allah SWT. Semakin ditakut-takutkan anaknya sampailah anaknya nangis sekuat hati ketakutan.. Bersyukurnya selepas kejadian itu ada perubahan kepada anaknya cuma seiring waktu bila anak sudah pandai berfikir boleh jadi ianya tahu macam telah dibohongi. Sedangkan sebenarnya bukan ibunya membohongi tapi mahu mengajar dan mengingatkan. Untuk mengawal keadaan atau suasana.

Inilah yang berlaku pada makcik PC. Abang tu adik sepupu PC. Masa berlaku babak ini memang didepan mata PC pun. PC gelak je tapi sembunyi-sembunyilah kalau tak sampai sudah abang tu tak nak mandi. Dan sekarang adik sepupu PC tu pun dah berkahwin, dah ada anak pun. Dan, dia pun buat perkara yang sama pada anaknya. Sekarang anaknya bila dieuruh mandi atau makan cepat je gara-gara ayahnya guna taktik yang sama macam dulu ibunya guna pada dia. Nah...

Benar, ditakut-takutkan berkesannya jangka pendek. Ibu ayah dulu mudah sedikit kerana anak-anak kurang nak membantah lebih-lebih lagi bila guna taktik menakut-nakutkan. Cakaplah hantu ke, apa ke, sampai ke sudah anak tu percaya dan betul-betul takut. Betul tak betulnya nanti kadang anak tu dah kahwin barulah buka cerita sebenar. Masa itulah ketawa sama-sama. Berbanding sekarang, anak-anaknya lebih suka bertanya dan banyak pertanyaan difikiran mereka. Kalau kita cakap A kenapa A. Kenapa tak B. Akan selalu ada perdebatan anatara ibu bapa dan anak-anak. Nampak tak. PC melihat senario ini disekeliling PC. 

Zaman PC dengan sepupu-sepupu sebaya PC lain. Tengok adik-adik sepupu lain. Sekarang tengok anak-anak buah, anak-anak saudara lain. Jauh sangat-sangat. Bila masing-masing dah kahwin mereka sepakat mengatakan zanak-anak teracuan dengan perubahan zaman sebenarnya. Ikut arus tanpa pegangan yang kuat akan hanyut dengan paling mudah. Tidak mengikuti aliran zaman tentu tercicir dan ketinggalan juga. Zaman sekarang ibu bapa bukan cuma ibu bapa tapi merangkap kawan baik dan sahabat anak juga. Mesti.

Relevan lagikah zaman sekarang anak ditakut-takutkan. Bagi PC relevan dengan syarat pada setiap poin yagn ibu bapa berikan mesti ada hujahan yang kukuh, berasas dan sahih. Kalau tidak berkesannya cuma untuk jangka pendek sahaja.

Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Ditakut-takutkan Berkesannya Jangka Pendek

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Masih relevan. Contohnya lihat sahaja perbezaan anak² zaman "ditakut²kan" dgn anak² zaman skg yg makin kurang mempraktikkan "takut2kan" Pada pendapat saya, ayat² takut itu banyak terkandung unsur² nasihat dan tauladan. Terpulang kita bagaimana untuk mengolahnya sahaja mengikut peredaran zaman ~ wallahua'lam

    BalasPadam
  2. MESTI DITAKU2KAN DGN ALASAN YG SESUAI..JADI IBUBAPA BIAR LEBIH BIJAK DARI ANAK2 KAN

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama