Kalau Boleh Gunalah Sudu Atau Senduk Yang Lain Mesti Bolehkan

KALAU BOLEH GUNALAH SUDU ATAU SENDUK YANG LAIN MESTI BOLEHKANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. PC rasa mesti ramai yang suka kumpul dan simpan pelbagai koleksi barangan dapur atau perkakasan dapur untuk memasak. Ada orang suka kumpul pinggan mangkuk antik. Sudu antik. Mangkuk tingkat comel-comel. Suka jadikan koleksi kadang yang biasa-biasa pun tetap kumpul. Tak apalah. Tak menjadi satu kesalahan pun, yang jadikan yang moden atau antik koleksi terserah hak masing-masing.

Perkakasan dapur pinggan mangkuk dan senagkatan adik beradik sepupunya semua ada khas untuk tetamu, ada khas untuk waktu kenduri kendara atau majlis-majlis khas dan ada juga untuk basahan kegunaan hariankan. Waktu kita cuma dengan keluarga kita sahaja. namun itu pun tetap sahaja ada banyak yang disisakan tidak disimpan dalam almari atau kabinet khas. Tak gitu. Jadi tentu sekali tidak menjadi satu masalah besarkan kalau guna sudu atau senduk baharu yang lain yang belum digunakan (bukan baharu beli tapi baharu guna) untuk rasa makanan yang dimasak.

Kalau Boleh Gunalah Sudu Atau Senduk Yang Lain Mesti Bolehkan
Google Image | Gambar Hiasan

Ada orang nak rasa masakannya ambil sedikit kemudian diletak atas telapak tangan. Ada orang suka guna sudu lain khas untuk merasa. Dan yang paling bahaya dan mesti dielakkan adalah orang yang suka rasa masakan guna sudu atau senduk yang sama digunakan untuk mengacau atau memasak tadi. Awak masak guna sudu atau senduk itu kemudian awak ambil isi atau kuahnya awak rasa terus ke mulut kemudian masukkan semula senduk atau sudu tadi dalam masakan yang awak dah siap masak.

Sebenarnya bukan dalam masakan sahaja, kalau buat air pun ada cara masing-masing. Ada yang merasa dengan sudu lain, ada yang tuang sedikit ke dalam cawan atau gelas lain dan ada yang guna sudu itu untuk senduk gula, sudu itu untuk kacau air, sudu itu untuk awak rasa terus ke mulut. Dah tu guna sudu yang sama kacau air itu lagi dan lagi bukan sekali malahan berkali-kali oiiiii. Aduh.

Ada orang kisah akan hal ini lebih-lebih lagi kalau orang itu jenis sangat menjaga adab dan kebersihan. Ada orang penggeli. Ada orang tak kisah. Ini bukan masalah gosok gigi tak gosok gigi tapi pada PC ini soal adab sediakan hidangan walau cuma pada suami atau isteri sendiri. Kalau memang semua jenis tak kisah, tak apalah. Silakan. Cuma keluarga kitaboleh terima belum tentu keluarga orang lain boleh terima juga cara yang samakan.

Eleh, kan sunah Nabi tu kalau suami isteri. Nabi Muhammad saw minum ditempat yang sama bekas bibir isteri baginda saw Saidatina Aisyah. Romantikkan. Sweet kan. Kena faham juga, Aisyah teguk air tu terus diteln bukan dimasukkan semula dalam cawan tu. Kongsi istilahnya. Tapi kalau awak rasa air atau masakan, rasa tapi sudu tu satu sudu masuk mulut bukan takat hujung bibir atau hujung lidah untuk merasa, rasanya macam tak manis la pulak. Macam satu teko air tu dan satu periuk lauk itu dah ada bekas mulut kita. Bekas air liur kita. Ke PC je ada rasa macam ni. Mungkin PC jenis cerewet kot. Maaf ya kalau mungkin ada yang tidak bersetuju. Ini cuma pendapat PC.

PC pun ingatkan diri PC sendiri juga. Lebih-lebih lagi kalau nak bagi ibu ayah kita makan, suami, adik beradik, tetamu. Memang mereka tak nampak. Tapi Allah swt nampak. Begitu juga dengan para peniaga yang menjual makanan atau yang membuka warong dan restoran ke kan. Kalau boleh gunalah sudu atau senduk yang lain untuk merasa minuman atau apa sahaja menu yang sedang disediakan sebelum dihidangkan. Mesti bolehkan. Tak jadi masalahkan. Itu pun satu kebersihan juga.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Kalau Boleh Gunalah Sudu Atau Senduk Yang Lain Mesti Bolehkan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. betul tu PC. sy guna sudu lain utk merasa masakan... x gunakan senduk. Memasak kena dari hati kan?

    BalasPadam
  2. kita pun selalu guna sudu asing nak rasa masakan...
    senduk buat kaco2 je hehehe

    BalasPadam
  3. gelikan kalau dah rasa pastu guna sudu yg sama digodak lagi sekali air / masakan tu. tak berkenan betul. kalau kita tak nampak tu lain cerita...ni bila nampak terus jadi mcm mehhhhhh

    BalasPadam
  4. Saya jaga bab ni. Memang akan guna sudu lain untuk merasa. Nampak macam hal kecil, tapi ni bab kebersihan. Nak bg orang lain makan, kena jagalah.

    BalasPadam
  5. kalo zaman covid jangan lerr buat begini...naya kat orang..huhuhuhu

    BalasPadam
  6. Ada juga orang guna senduk untuk garu belakang... huh!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama