November 2021 Bulan Kedua Terakhir

NOVEMBER 2021 BULAN KEDUA TERAKHIRبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah. Allah swt pinjamkan lagi tiga puluh hari untuk kita di bulan ini. Syukur. namun berapa hari untuk kita yang masih berbaki itu rahsiaNYA. Bukan urusan kita untuk menghitung seperti apa dan meramalkan bagaimana. Selagi mana masih diberi rezeki dan kepercayaan dengan usia, masa dan lainnya makan nikmati dan manfaatkan sebaik-baiknya. Seimbangkan dunia dan akhirat. 

November 2021 Bulan Kedua Terakhir

Bulan kedua terakhir ditahun ini. Cepat masa berlalu atau kita yang ada sedikit terleka. Kalau PC mungkin lebih bab terlekanya. Setiap hari berusaha perbaiki satu persatu. mencari mana yang lemah dan kurang suntik dengan semangat yang baharu. Tidak mudah untuk merintis mencari kelemahan kemudian perbaiki bertukar menjadi sedikit lebih baik. Berlawan dengan nafsu dan akal yang beralasan. Allahu.

November 2021 tidak sama dengan November di tahun 2020. Sama namanya November tapi pengisiannya, ceritanya ada perbezaannya. Walau kita adalah orang yang sama melaluinya setiap hari. Setiap perbezaan itu indah. Setiap peristiwa itu banyak ceriteranya juga untuk kita simpan paling rapi dalam hati dan ingatan.

Bila sudah berada dihujung tahun, akan lebih cepat hari berlalu. Sangat cepat. Atau mungkin rasa menyumbang perubahan yang dirasai. Bila gembira rasa macam cepat masa berlalu. Bila sedih, Ya Allah seperti tidak berganjak waktu dan hari. Itulah perasaan. Apa pun teruskan dengan agenda masing-masing. Setiap hari itu ada harapan dan titik fokus yang mesti kita beri perhatian. Tetapkan skala terbaik untuk kehidupan yang lebih baik. Aamiin. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
November 2021 Bulan Kedua Terakhir

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Sekejap kan PC dah masuk November... Sis pun menghitung hari ni huhuhu...

    BalasPadam
  2. cepattnya kan
    nk msk. 2022 dah
    thn 2020 - 21 memang thn yg x dijangka

    BalasPadam
  3. Tak sedar masa begitu laju meninggalkan kita

    BalasPadam
  4. NOVEMBER MENUJU DISEMBER PELAN2

    BalasPadam
  5. salam november. mmg cepat sgt masa berlalu kan dah nak akhir tahun dah kita

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama