Setiap Keputusan Ada Pakejnya

SETIAP KEPUTUSAN ADA PAKEJNYAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Seharian dalam menjalani rutin harian kita tidak pernah terpisah dengan apa yang dipanggil keputusan. Kita memang terdedah dengan hal yang satu ini sebenarnya sejak daripada kecil lagi. Cuma mungkin semasa kita masih kecil ibu bapa kitalah yang tolong buat keputusan dan pilihan untuk kita.  Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan dua atau lebih pilihan. Kalau cuma ada satu pilihan sahaja pun tetap sahaja perlu kita membuat keputusan. Ya atau tidak. Terima atau tolak. lakukan atau tidak melakukan. 

Sangat penting berfikir terlebih dahulu. Jangan terlalu lama dan jangan terlalu juga terburu-buru membuat sebarang keputusan. Lihat dan ambil kita kepentingan dan kewajarannya. Ada perkara memang perlu ambil masa sedikit lama untuk mendapatkan keputusannya. Sedangkan ada hal yang boleh sahaja dipercepatkan untuk diberi keputusannya. Bijaklah membezakan. Jangan semua disamakan.

PC percaya, setiap keputusan itu ada pakejnya. Bukan cuma keputusan yang diputuskan sahaja ok ini dan ok itu. Setuju yang ini dan setuju yang itu. Ya yang ini dan tidak yang itu. Bukan. Dalam setiap keputusan sangat pasti ada pakej khasnya. Tidak kiralah keputusan kecik,sederhana atau besar yang dilakukan atau diambil oleh sesiapa pun itu. Tentu saha ada pro dan kontranya. Ada positif dan negatifnya kerana sifir kehidupan itu adalah tidak semunaya lurus tentu ada berliku. Tidak sentiasa bergelora tentu ada tenangnya juga.

Contoh paling mudah. Bila kita ambil keputusan untuk bercucuk tanam tak kisahlah jenisnya apa, bercucuk tanam sayuran dan pokok buah-buahan ke, pokok-pokok bunga hidup untuk perhiasan ke, semua ada pakejnya. Kita ambil keputusan untuk itu pakejnya adalah mesti ada rasa sabar dalam mengurus dan mengendali setiap permasalahan dan risiko yang akan datang dan diberi juga. Semuanya tidak mudah. Mesti ada cabarannyakan. Sabar mengurusnya, kuat semangat bila temui titik kegagalan, rajin memberi perhatian, minat mencari ilmu baharu berkaitan keputusan , rasa kasih sayang yang mendalam terhadap sesama makhluk hidup dan banayak lagi. begitu juga ketika membuat keputusan mahu memelihara haiwan ternakan seperti ayam, lembu dan kambing atau haiwan peliharaan seperti kucing dan sebagainya.

Setiap Keputusan Ada Pakejnya

Pada setiap keputusan yang telah diambil, jangan cuma bersemangat diawal garisan sahaja. Justeru itu fikirkan dengan akal yang tenang agar membuat keputusan dengan paling dan sangat wajar. Tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan suatu yang sebenarnya diri sendiri tidak mampu bertahan untuk lakukan hingga garisan akhir. jangan main-main dan pandang mudah pada setiap keputusan yang bakal dan telah diambil. takut menggunug dos tanpa kita sedari. Sekian

Tinta Perdu Cinta ❤
Setiap Keputusan Ada Pakejnya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Betul tu kak PC, contoh macam tanam pokok,memang lama,banyak proses dan kena banyak bersabar

    BalasPadam
  2. LETIH BERFIKIR MENENTUKAN KEPUTUSAN

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama