TIDAK BOLEH ITU JANGAN DIBUAT

 TIDAK BOLEH ITU JANGAN DIBUAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 
Assalammualaikum wbt

Harum sungguh daun pandan
Hijau pekat penyejuk mata
Jangan dibanding sepadan tidak sepadan
Jodoh itu aturan Maha Pencipta

Pokok kari tumbuh subur
Setangkai dua dilurut sopan
Jangan dipertikai subur tidak subur
Usahanya orang diluar pengetahuan

Batang sirih galak menjalar
Daunnya lebar urat bercantum
Jangan cepat sangat berita disebar
Ada yang kelat menguntum senyum

Bunga kantan kembang cantik
Ambil satu campur dalam masakan
Jangan tidak punya sesukanya diherdik
Nasib hidup manusia akan ada putaran

Tumbuh berumpun pokok serai
Mudah diurus hasilnya berganda
Jangan diuji orang yang santai
Boleh jadi marahnya luar biasa

Besar tinggi pokok mangga
Sedikit condong ke arah selatan
Jangan dapat nikmat sedikit terus bangga
Kelak diambil semula rasai kehilangan

Tinta Perdu Cinta 
MANA YANG TIDAK BOLEH ITU JANGAN DIBUAT
 





7 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Sebaiknya kita syukuri nikmat. InshaAllah

    BalasPadam
  2. dalam pantun ada nasihat yang tersirat terus tepat menusuk ke jantung hati

    BalasPadam
  3. tp selalunya yg ditegah tu yg suka dibuat. kan.

    BalasPadam
  4. Selalunya yg tak boleh tulah yg paling dibuat hehe

    BalasPadam
  5. BAIK TU SETIA IKUT PERATURAN

    BalasPadam
  6. Berbaik sangka tu yang sepatutnya. Tak tahu kebenarannya lebih baik berdiam diri.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama