UNTUK SUKA DAN TIDAK SUKA ITU SATU PILIHAN DALAM KEHENDAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Sesiapa sahaja boleh suka dan tidak suka. Ianya pilihan. Pilihan yang dilakukan kerana kehendak. Semua orang, setiap makhluak ada hak masing-masing yang Allah swt beri dan sediakan. Hormati.
Untuk suka boleh. Untuk tidak suka juga boleh. Adanya citarasa dan diperbolehkan maka kita tidak perlu rasa tertekan untuk memilih. Tapi mesti berpada-pada pada apa yang kita suka dan pada apa yang kita tidak suka. Belum tentu yang kita suka itu terbaik buat kita. Boleh jadi yang tidak kita suka itu yang lebih terbaik kerana Allah swt sangat suka.
Jangan bila suka melulu. Bila tak suka pun berlebihan. Walaupun ianya pilihan dalam kehendak. Walaupun ada kebebasan di situ dan walaupun tiada larangan mungkin. Alasan. Pasti ada alasan dipihak diri kita mengapa suka dan mengapa tidak suka. Wajarlah.
Ada masa dan keadaan tertentu di mana kita perlu memilih hal yang kita tidak sukai dan ketepikan apa yang kita sukai. Memang nampak tidak adil pada diri sendiri tapi kalau sangat adil pada syariat itu suatu yang perlu lebih diberatkan untuk ditaati. Tak gitu.
Tapi kalau hal-hal biasa yang santai atau ringan, tidak mennjadi masalah pun untuk menegakkan pendirian ya aku suka atau ya aku tudak suka ketika buat pilihan dalam memenuhi kehendak sebagai manusia biasa yang ada keinginan atau naluri.
Untuk suka dan tidak suka berbalik pada diri sendiri. Ada yang boleh dipakasa dan ada yang tidak boleh dipaksa untuk suka atau tidak suka. Rasa itu susah untuk dibuat-buat. Bila buat-buat maka berpura-pura. Bila berpura-pura bukan sahaja tipu diri sendiri malahan tipu orang lain jugakan.
Tinta Perdu Cinta ❤
UNTUK SUKA DAN TIDAK SUKA ITU SATU PILIHAN DALAM KEHENDAK
Tags:
Santai
Tipu orang lain tu senang... tipu diri sendiri tu susah!
BalasPadamSangat² setuju!
PadamKita pandu hidup dengan cara sentiasa ambil hikmah dan snoson
BalasPadamsetuju dengan PC
BalasPadamYe betul.. hak kita adalah milik kita. Pilihan terbaik biarlah yg berpada²
BalasPadamkalau ada pilihan tentu akan pilih apayg disukai
BalasPadam