BETUL KE CEMBURU ITU HANYA PADA KANAK-KANAK

BETUL KE CEMBURU ITU HANYA PADA KANAK-KANAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BETUL KE. Sebelum apa-apa, salam Jumaat indah untuk semua yang PC hargai. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah swt. Aamiin.

Ok jom mula.

Kembali kepada tajuk. Yeke. Cemburu itu hanya pada kanak-kanak tak kisahlah dengan adiknya yang baharu lahir, atau dengan adik beradik yang sedia ada atau kanak-kanak yang sama usia macam sama-sama sepupu ke atau saudara mara ke.

PC pernah menyaksikan sendiri dan memang berlaku dalam keluarga PC bila jarak usia dan kelahiran baharu yang jauh menimbulkan rasa cemburu yang lain macam. Umur kakak sepuluh tahun baharu berezeki ada adik baharu. Adik yang bongsu lahir, adiknya dianggap lawan dan pesaiang oleh si kakak. 

BETUL KE CEMBURU ITU HANYA PADA KANAK-KANAK

Sepuluh tahun jadi anak bongsu, ibunya, abahnya, abang dan kakaknya sayang dia bagai menatang minyak yang penuh tiba-tiba dapat adik baharu. Tiba-tiba daripada bongsu berubah jadi kakak. Tahta sepuluh tahun kena rampas. Mahu tak begelora jiwa. Mahu tak bergoncang perasaan. Cemburu sampai tahap macam ada api kat biji mata oi.

Itu kisah yang selalu kita dengar. Abang atau kakak yang dapat adik baharu dengan jarak usia yang jauh beza. Rasa cemburu tidak dapat ditolak. Tapi adakah benar cemburu itu hanya papda kanak-kanak.

Pada pendapat PC, cemburu ada dalam diri setiap individu. Tak cuma pada kanak-kanak. Cuma tahap cemburu itu biasa-biasa atau luar biasa rasa cemburunya dan rasa cemburu pun setiap orang tidak sama. Cemburu dengan alasan yang berbeza-beza setiap daripada kita. Cemburu boleh memperbaiki keadaan. Cemburu ada yang buat keadaan bertambah huru hara. Hati-hati nak cemburu ya. Bukan tak boleh.

Cemburu tandanya sayang kalau dalam perhubungan. Tapi kalau ikat pasangan dengan rasa cemburu pun tak sihat juga takut jadi menyakiti dalam senyap. Menyiksa. Percaya dan serah pada DIA. Berpada-pada kalau nak cemburu. kadang cemburu orang tua lagi dahsyat daripada cemburu kanak-kanak. Padahal orang tua lebih boleh berfikir dengan lebih logik, waras dan matang. Tapi itulah dia manusia.

Tinta Perdu Cinta ❤
BETUL KE CEMBURU ITU HANYA PADA KANAK-KANAK 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama