BIAR SELALU DIHATI

BIAR SELALU DIHATIبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Lemah tidak berdaya. Itu kita sebenarnya tanpa DIA yang selalu ada dan menjaga hamba-hambaNYA. Ya memang kita usaha sebaik mungkin tapi itu pun atas gerak rasa dan dorongan daripadaNYA juga. Contoh mudah, kita rasa lapar ni, pergi makan. Kita rasa dahaga ni pergi minum. Usaha kita makan, minum, masak, suap makanan ke mulut. Tapi macam nak gerakkan tangan, bangun, telan air itu antara contoh apa yang DIA izinkan untuk berlaku dan dilakukan oleh kita semua.

BIAR SELALU DIHATI

Zikir, bersyukuri, istiqhomah dalam beribadah pun sebenarnya kita kena minta dan berharap izin dariNYA sentiasa kerana kalau ikutkan kita ini PC la terutamanya sentiasa ada rasa malas dan tidak bersungguh. Apa pun itu kita tetap sahaja mesti minta dan berdoa kepadaNYA. Minta dan minta. Nak rajin kena minta, naka ada semangat kena berdoa minta. Nak rajin berzikir, tidak malas dan tidak lupa mensyukuri nikmat kena berdoa minta kepadaNYA. Kita mahu rajin, tekun dan bersemangat beribadah pun kena sentiasa minta kepadaNYA.

Tetapi disamping itu dengan otak yang berakal waras telah dipinjamkan, dengan sedikit ilmu yang ada sudah tentu kita boleh berfikir dan bertindak dengan baikkan. Boleh beza mana yang boleh dan mesti dilakukan berterusan dan mana pula yang mesti dielakkan dan dihentikan dengan segera juga.

Kuncinya, Tuhan itu biar selalu dihati. Samapi kita mati.

Sekian
Tinta Perdu Cinta 
BIAR SELALU DIHATI



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. salam jumaat PC, semoga kita semua istiqomah dalam mengingatiNya setiap helaian nafas..

    BalasPadam
  2. Manusia diciptakan memang untuk mengingati-Nya.

    BalasPadam
  3. Sentiasa mengingati dan berusahalah kita.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama