CERITERA SUAMI DAN ISTERI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Tidak kenal kemudian Allah SWT pertemukan. Ada takdir. Ada Ikhtiar. Tidak kurang doa dan tawakkal. Kompasnya istikharah. Begitulah lazimnya. Sekali, pertama kali dan yang pertama. Terus jadi berjodohan. Berkali-kali kemudian gagal bukan tidak ada jodoh tapi Allah SWT mahu beri yang terbaik berkat kesabaran. Jodoh pun rezeki.
Ada yang mudah bertemu dan dapat jodoh tapi berliku mengharungi perhubungan. Ada yang mudah semuanya sedari awal hingga ke akhirnya. Mudah atau berliku itu pun rezeki juga. Syukuri kerana berapa ramai yang tidak sempat pun mengenali dunia ini Allah SWT ambil semula kembali kepada-Nya. Banyak sangat. Ramai sekali.
Suami lebih berusia. Isteri lebih tua. Atau sebaya. Suami lebih berharta isteri sebaliknya. Isteri lebih segenap yang dimiliki sedang suami biasa-biasa sahaja. Ada macam-macamlah Sebenarnya aturannya Jodoh daripada Allah SWT. Warna-warni semuanya. Telah terlalu canti Allah SWT susun semuanya.
Siapa pun pasangan kita, terima apa adanya kerana Allah SWT. Kita tidak boleh mengubah kecuali diri sendiri mahu berubah jalan mudah adalah menerima dan mendoakan pasangan satu sama lain. Bila memutuskan untuk mendirikan bahtera rumahtangga itu bererti sudah bersedia untuk menjalani dan melunasi lagi satu ibadah. melengkapkan sebahagian agama dan sunah. Tidak mudah. Ada perjuangan bersulam pengorbanan.
Kesimpulannya, sering kita dengar, berfasa, lima tahun pertama. Lima tahun kedua. Lima taun ketiga. Dan sebenarnya sepanjang menjalani cinta halal berakad ini tentu sahaja akan ada cubaannya. Tidak terlepas daripada pelbagai rintangan. Hingga nanti tamat bila kedua-duanya kembali kepada Pencipta. Semoga bersama di dunia hingga nanti terus bersatu di syurgaNYA pula. Menjadi ketua bidadari yang bercahaya.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Ceritera Suami Dan Isteri
Tags:
Santai
Semuanya dengan kehendak Allah. Semoga kita semua bertemu jodoh yang baik baik dan hubungan yang diredhai Allah. Amin
BalasPadamJodoh ketentuan-Nya
BalasPadamTapi perlu ada usaha dan doa juga, namun, Dialah juga yg memakbulkannya, jangan berhenti meminta dari-Nya.