Lingkungan

LINGKUNGANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Di mana kita berada sekarang inilah lingkunan kita. Sebenarnya banyak lingkungan yang telah kita lalui dan kutip banyak pengalaman. Dari kita kecil hinggalah sekarang sudah banyak libgkungan hidup yang kita rasai dan jalani. Kerana kita bertemu dengan ramai orang. Kita berkomunikasi. Kita menjalin ukhuwah. Bertukar fikiran dan sebagainya. 

Lingkungan. Menyumbang pengaruh yang besar dalam kehidupan kita. Sangat-sangat mempengaruhi. Baik buruknya tetap ada. Walau berbalik pada diri sendiri mahu dan bagaimana nak memilih mana boleh mana tidak. Tidak dinafikan tempiasnya tetap sahaja mengena dan terkena juga.

Lingkungan

Boleh berubah. Berada dalam situasi lingkungan adakala mengheret sesiapa sahaja. Jadi jangan hairan kalau ada perubahan yang berlaku. Memang tidak boleh mengalahkan lingkungan tapi tidak boleh juga menidakkan daya tarikan yang ada dan kuat disituasi itu. Kalau tidak mampu bertahan,  maka hindari diri dari lingkungan dengan kadar paling segera. 

Tidak semua lingkungan buruk. Betullah. Ada banyak lingkungan yang baik. Cuma diri sendiri kena bijak memilih kecuali dalam hal tertentu di mana mahu tidak mahu itu yang mesti ditelan walau sakit dan sangat pahit. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤ 
Lingkungan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Subahanallah...semoga kita hambaNya yang tahu membezakan baik dan buruk..amalkan yang baik2

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama