MEMBERI BANYAK JAWAPAN DAN PETUNJUK

MEMBERI BANYAK JAWAPAN DAN PETUNJUK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEBENARNYA. Nikmat itu ujian. Musibah itu juga ujian. Tapi yang sering diperbesarkan dan sering menjadi beban yang paling berat adalah bila didatangkan ujian atau dugaan kepada kita. Ha itu baharulah dikata iman diuji, padahal apa sahaja nikmat yang sedang kita nikmati dan terima juga adalah ujian.

Bila kita sedar bahawa musibah itu ujian. Nikmat itu juga ujian. Percayalah ianya memberi banyak jawapan dan petunjuk kepada kita dengan sangat mudah dan lancar. Ianya menjadi satu garis panduan dan sentiasa menjadi amaran supaya kita sentiasa beringat. Tidak mudah hanyut dan leka. Apatah lagi lupa.

MEMBERI BANYAK JAWAPAN DAN PETUNJUK

Paling penting buat kita ingat Allah swt dalam susah atau senang. Ketika sakit atau sihat. Kata mudahnya dalam apa pun situasi buat kita sentiasa ingat padaNYA. ya, sentiasa hingga hujung nyawa. Manusia mewah dengan pertanyaan. banyak sangat keraguan. Bertimbun bersanga-sangkanya. Bukan cuma sesama insan malahan dengan Tuhan pun mahu dipertikaiannya. Ada, cuma diri sendiri yang tak perasan lakukan.

Maka, bila tahu baik sukar atau senang itu kedua-duanya adalah ujian semata-mata di dunia, ianya memberi banyak jawapan dan petunjuk setiap tanda tanya yang berlegar-legar dalam kepala dan hati kita. Satu perkara kurang baik berlaku kepada kita, kita marah sangat-sangat, owh rupanya daripada situ kita dapat banyak petunjuk yang kadang kita tak sanga pun. Apa yang PC kurang suka, tapi Allah swt beri juga, rupanya ada petunjuk. Itulah dia namanya hikmah.

Hamba tak suka, tapi kalau daripada situ lebih banayk jawapan dan petunjuk baiknya maka Tuhan tetap akan beri juga. Mudah dan ringkas sahaja. SEIRINGNYA WAKTU SEMUANYA AKAN MENJADI SEMAKIN JELAS DAN HAKIKAT. Terbukti yang akan menjadi bukti dan saksi.

Tinta Perdu Cinta ❤
MEMBERI BANYAK JAWAPAN DAN PETUNJUK

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama