MENCARI SUMBER

MENCARI SUMBER | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BANYAK MEMERLUKAN SUMBER begitulah kehidupan kita di muka bumi ini. Rasanya setiap hari kita memerlukan sumber. Sumber makanan untuk tubuh badan yang sihat. Sumber elektrik untuk keperluan kediaman dan aktiviti seharian. Sumber cahaya daripada bima sakti. Sumber air. Banyakkan sangatkan kit memerlukan sumber.

MENCARI SUMBER

Satu lagi yang sebenarnya paling utama adalah sumber kekuatan dalaman keseluruahan jasad dan roh kita, adalah daripada Allah. Kita sangat-sangat memerlukan sumber utama ini untuk menyembpurnakan sumber-sumber lain yang ada, dicari dan diperlukan. Allah yang memberi dan menyempurnakan apa sahaja sumber yang ada di muka bumi ini. Apa yang kita terima, cari dan manfaatkan adalah hasil yang telah diolah. SEMUANYA HAK DAN DARIPADA-NYA.

Mencari sumber. Memang kena cari pun. Mahu tidak mahu itulah yang mesti dilakukan. Tak kisahlah siapa pun, diperingkat umur yang mana pun akan mencari sumber. Bayi, sumbernya dapat daripada ibu bapanya. Mendapatkan susu daripada ibunya. Sumber nafkah daripada bapanya. Dan begitulah seterusnya dalam urusan yang lainnya.

Kalau blogger pun akan sentiasa mencari sumber. Sumber idea dengan cara masing-masing untuk dijadikan artikel. Betul tak. memang begitulah kitarannya. Ada ada masa-masanya macam kekurangan sumber. Ada masa-masanya melimpah sumber. Unikkan. Nikmati sahaja apa adanya dengan hati yang tenang dan gembira. Sementara hidup ni, cariah sumber yang betul supaya selamat dunia akhirat. Apatah lagi sumber ilmu yang bermanfaat untuk kita praktikkan sampai nanti ajal menjemput dan sumber makanan yang dimakan untuk membentuk dan menjadi darah daging juga pastikan jelas juga.

Tinta Perdu Cinta ❤
MENCARI SUMBER


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Teringat pada soalan anak buah 15 tahun lepas "mandak tau tak apa tu galaksi bima sakti"....

    Uwahhhhh kaget terus.

    BalasPadam
  2. Salah satu sumber yang perlu ada pada masa kini adalah internet.
    Kalau takde susah untuk berdaya saing

    BalasPadam
  3. Uncle selalu takde sumber kewangan... huhuhu

    BalasPadam
  4. Mencari sumber pahala pun bagus jugak kan PC..

    BalasPadam
  5. Sumber kalau tak ada memang payah. Blogger kalau tak ada sumber idea, bersawang blog jadinya. Huhu...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama