PERGI DAPUR HATI BERDEBAR KENCANG GARA-GARA TIKUS

PERGI DAPUR HATI BERDEBAR KENCANG GARA-GARA TIKUS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TAKUT DAN GELI. Dua-dua sekali. Ya Allah. Lebih kurang seminggu asyik dengar bunyi aneh dalam kabinet di dapur. Kawasan bawah singki. Anak bulu pulak asyik duduk depan kabinet tu berganti-ganti. Lepas satu, satu pulak macam tahu umminya rasa tak sedap hati. PC nak tengok takut. Fobia sendiri. Penyudahnya buat-buat macam tak ada apa-apa sebab dah tak ada bunyi. Tapi lutut dah gigil. 

Memang tak ada bunyi tapi kenapa anak bulu masih memerhati sentiasa. Cium-cium. Deria bau mereka kuatkan. Bila tanya, ''anak ummi tengok apa?. Cari apa?. Mata kami bertentang. Macam menyampaikan maklumat, ''ummi dalam kabinet ada sesuatu''. Sebab memang rutin mereka akan teman PC masak kat dapur setiap hari. Sampai tertidur pun ya juga. Tapi teman dan tidur, taklah duduk tercegat mata bulat tajam memerhati. Aduh, mula hati yang tenang jadi gundah semula. Serius. PC tak boleh. Boleh bawa mimpi tau. Kadang tu sampai demam.

Dua malam lepas. En suami tengah baring-baring tiba-tiba dengan bunyi jerit-jerit nyaring sungguh. Tikus!!!. Bunyi dari bawah kabinet dapur. Kat sinki. Nah terjawab sudah. Ada tikus. Ya Allah. Dugaan sungguh la. Dah la PC takut. Geli. Rupanya ada lagi dia. Anak bulu ada yang lari lintang pukang. Ada yang ikut abinya acah-acah berani. Adoilah. Selama ni tengok jelah agaknya teman ummi rupanya serupa dengan umminya takut dan geli. Macam mana la. Tapi bagus juga. Biar anak bulu takut dan geli demi keselamatan dan kesihatan mereka juga kan.

PERGI DAPUR HATI BERDEBAR KENCANG GARA-GARA TIKUS

Habis tu macam mana. Pening. Dari mana dia masuk. Saluran paip ke. Paip sinki yang terhubung terus dari dan ke longkang kot kan. Tertanya-tanya juga kami laki bini. Ada ke.. tak ada ke bila dah tau ada nak ke dapur pun takut. Terjingkit-jingkit tengok kanan kiri macam pencuri. Macam nak lintas jalan. Boleh nangis gini. Ya Allah. Dugaan-dugaan. Mungkin PC je kot macam ni. Orang lain relax je dengan tikus.

Tak taulah sampai bila macam ni. Asal pergi dapur hati berdebar kencang gara-gara takut dan geli dengan tikus. Fobia tikus masuk dalam telekung terus menghantui PC. Awal pagi solat subuh raya pertama di rumah mertua, siap mandi, solat subuh, tengah duduk tahyat akhir baru je lepas bagi salam pertama tiba-tiba entah dari mana meluru tikus lari masuk dalam telekung. Separuh nafas hilang. Rasa  sesak nafas macam nak pengsan pun ada. Malam sebelumnya mertua PC memang ada cakap, ada tikus terlepas dari perangkap yang abah mertua PC pasang. Adik ipar PC pulak dia cakap nampak tikusnya masuk bilik mak tapi cari tak jumpa. Entah tikus tu ke tikus lain. Nah, rezeki PC lah. Allahuakbar. Setengah hari lesu badan. Raya pertama orang gembira PC badmood

Fobia berganda-ganda. Memang daripada kecil PC tak boleh. Dengan angsa fobia. Dengan tikus fobia. Ermmmm. Syuhh..syuhh.

Tinta Perdu Cinta ❤ 
PERGI DAPUR HATI BERDEBAR KENCANG GARA-GARA TIKUS

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

15 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Kalau saya pun macam tu juga rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi PC n i memang penakit dan banyak fobianya SR. Nak nangis rasanya.

      Padam
  2. Uncle pun memang musuh denga tidus ni.... tak suka betul!

    Menarik tulisan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh. Kan uncle. geram betul la. Boleh gigil lutut dibuatnya.
      Terima kasih uncle.

      Padam
  3. SA lagi la...acah- acah berani kadang- kadang SA dulu lari naik atas kerusi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau naik atas kerusi ni macam adik ipar PC. kat kampung dia ketawakan PC, sekali tikus tu lalu depan dia melompat dia atas kerusi muka pucat.

      Padam
  4. Kak Sue takut jugak dengan tikus, tapi kalau nak kata fobia.. is katak lah.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC ni bnayak hal takut dan fobia dan geli. hahaha. Sampai kata makcik PC, ko ni badan je besar tapi hati kecik. Cis.

      Padam
  5. Wak tak takut tikus, tapi tikus yang takut sama wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yang bagus.. jumpa tikus yang dia tak takut orang ni yang susah.. siap boleh main acah-acah lagi.

      Padam
  6. Malam-malam ada juga tikus masuk ke dapur thru tingkap nako, terus PH letak ubat tikus.
    Rimas kalau ada tikus, takut mendatangkan penyakit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, betul penyakit tu yang dirisaukan. Kencing dan najis dia tu bahaya juga kan..kadang kita tak perasan.

      Padam
  7. tikus lari dikejar ular selalunya takut tu serem

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh jadi juga tu kak PI.. lepastu jumpa PC, PC pulak yang takut lari lintang pukang.

      Padam
  8. berhati2 PC..jgn digigit sudah huhuh..nasib rumah shida xde tikus..mmg harap sgt xde..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama