Rasa Pedasnya Atau Rasa Terkena Getahnya

RASA PEDASNYA ATAU RASA TERKENA GETAHNYAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Sekarang semua mudah merasa dan terasa. Sekarang mudah sensitif dan caknanya luar biasa. Kadang yang mahu dihentikan lain yang rasa terhantuk lain. Lebih parah bila yang buat onar eh santai-santai sahaja. Jangan lupa mungkin orang lain tak tahu tapi Allah SWT sentiasa tahu segala-galanya oii. 

Siapa makan cili dia rasalah pedasnya. Siapa makan nangka dia yang terkena getahnya. Siapa buat ya dia yang lebih terasa. Jadi kenapa yang tidak dituju boleh terasa?. Boleh jadi dia pernah melakukan atau pernah dilakukan orang lain terhadap dirinya. Dan boleh jadi juga posisinya cubit peha kanan peha kiri terasa juga sakitnya. Betul tak. 

Rasa Pedasnya Atau Rasa Terkena Getahnya

Zaman sekarang adakala budaya melindungi atau membela keterlaluan hingga menyusahkan orang lain. Lebih parah yang dilindungi,  yang dipercayai dan dituruti pada individu yang salah. Kesian kerana ianya memacu ke arah membinasakan sebenarnya ya. Mungkin tak nampak jangka masa pendek tapi tunggu jangka masa panjangnya. Apa yang bakal terjadi. 

Rasa pedasnya ke, terkena getahnya ke,  jangan cepat melatah membuat keputusan atau bertindak. Bertindak terburu-buru itu sangat-sangat merugikan dan tidak mustahil menzalimi juga. Cukup merasai pedas dan getahnya kerana rasa empati bukan untuk mematahkan lagi situasi. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Rasa Pedasnya Atau Rasa Terkena Getahnya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Mana yang tak penting kita tolak letak tepi. Risau kalau terlalu memikirkan yang tersentap di hati.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama