SEBENARNYA SEMUA DALAM JANGKAAN

SEBENARNYA SEMUA DALAM JANGKAAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih . Assalammualaikum wbt. PERCAYALAH. Semua berada dalam jangkaan. Bukan jangkaan manusia tapi dalam JANGKAAN TUHAN, Allah swt yang telah menentukan semuanya. Daripada kita masih dalam rahim ibu kita. Allahu.

Kita tidak boleh ubah individu lain. Apatah lagi paksaan. Boleh contohkan dan boleh pantau juga boleh nasihati tapi nak paksa tidak boleh. manusia ni makin kau paksa semakin dia memberontak. Setiap individu ada hak menolak dan mempertikai atau mempersoal akan sesuatu perkara. kadang tak fikir pun betuk ke tidak. Boleh ke tidak. Nak bantah atau bangkang pun kena tengok sesuai atau tidak. Kalau nak pertikai pun sama juga, jangan sondol je, fikir dulu walau satu minit. Hehehe.

SEBENARNYA SEMUA DALAM JANGKAAN

Ingat dulu zaman kecik-kecik. Abang-abang sepupu ajak pergi kedai main tikam-tikam tu. Hahahaha. Tak main pun cuma tengok je. Nasib tak main rupanya ada unsur perjudian ya, dah sekolah baharulah tahu sebab ada ustazah bagi tau. Adoi. macam juga dalam hidup kita ni, jangan main agak-agak atau ikut-ikut je. Jangan kira nasib-nasib sebab kalau tak kena tempat kita yang merana nanti.

Zaman tidak salah, kita berpendapat pun tidak salah. Tapi kena ingat juga apa yang terjadi, yang mungkin kita pun sama-sama masuk campur sekali sampai berasap-asap tak kisahlah dalam hal apa pun, sebenarnya semua dalam jangkaan Allah swt. Ada perangkap dalamnya. Sesiapa sahaja boleh pilih nak terperangkap atau menghindarkan diri. 

Ketika ini sangat susah tau nak kecualikan diri. Mahu tidak mahu walau sedikit akan tetap sahaja terkena tempiasnya. Namun peluang berfikir dan membuat pertimbangan tetap sahaja ada pada kitakan. Maka bijaklah bertindak.

Tinta Perdu Cinta ❤
SEBENARNYA SEMUA DALAM JANGKAAN 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Main tikam?

    Uncle lah tu! hahahaha

    BalasPadam
  2. Betul tu PC.. semua yang jadi semua dengan izin Allah..

    BalasPadam
  3. Ya, PC.. sebaiknya timbanglah habis-habisan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama