BENARKAH BOLEH DIKATAKAN KOLOT

BENARKAH BOLEH DIKATAKAN KOLOT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. KOLOT. Perkataannya biasa sahaja. Tapi kalau diucapkan dengan intonasi yang lain sedikit ianya boleh membawa padah dan satu aura yang negatif. Boleh jadi satu perbahasan yang tegang dan behujung pergaduhan juga. Lain orang lain penerimaan. Lain pandangannya. Untung kalau boleh terima dan dianggap gurauan.

KOLOT : kuno, cara lama (tidak moden), ketinggalan zaman. [SUMBER]

''Kau ni kolot betullah. Pakaian fesyen lama macam nenek-nenek. Begaya la sikit. Makin tua makin kena pandai bergaya biar tak nampak tua. Solek biar nampak muda''.

''Pemikiran kau ni kolot ke, sampai anak kau pun tak pernah sentuh gadjet. ketinggalan zaman la anak kau ni nanti. Orang dah sampai bulan anak kau main rumput depan rumah korek tanah cari cacing".

''Kenapa gini eh hiasan rumah kau. Tak mampu upah pereka hiasan dalaman ke?. Kolot sangat gayanya''.

Dan

Banyak lagi

Sebijak apa pun kita bergaya, menutupi penampilan dengan fesyen-fesyen terkini yang moden, usia tidak dapat dibohongi. Setegang apa pun kulit wajah kita. Setebal apa pun alat solek yang kita gunakan walau mahal harganya dibeli dari luar negara berkualiti super, tetap juga tidak dapat undur ke usia belasan tahun. Ya, semua apa sahaja boleh ditutupi. Boleh dikaburi tetapi sementara. Sekejap sahaja. Akan kembali kepada hakikat. Tak boleh ke?. Boleh-boleh sahaja. 

Kalau kita sendiri lain daripada lain boleh jadi kita yang sedang kolot. Mungkinlah. Sebab biasanya kesimpulannya begitu. Hurmmm. Sebenarnya kena lihat di mana kita sedang berada. Sesuai tak. Boleh tak. Pelik atau aneh tak. Lagi satu kena tahu juga kolot itu apa. Tidak semestinya kita tidak mengikuti peredaran zaman itu boleh terus dianggap kolot sedangakan kalau apa yang kita ikut dan lakukan iku sebagaiamana yang diwajibkan oleh syariat. Nampak tak. Kalau kita ikut hukum dan syariat itu dikatakan kolot adakah hukum itu kolot. 

BENARKAH BOLEH DIKATAKAN KOLOT

Jadi berhati-hati ketika berlisan dengan sesiapa pun. Biasanya yang sering dikatakan kolot ni bila tengok orang lain tak up-to-date dengan peredaran semasa dalam konteks fesyen pakaian, berhias, mudah kata dalam sudut penampilan la. Termasuklah cara didik anak. Cara hias tempat tinggal. Gitu.

Mungkin ada yang berasa sedang mengikuti zaman kegemilangan dan kemodenan hidup walhal apa yang sedang dia lakukan adalah sedang kembali ke zaman dulu kala. Mungkin tidak ramai yang sedar akan hal ini. Sedih tau. Mengaku hidup dalam kemodenan, walhal sedang berada difasa yang sepatutunya ditinggalakan.

Smash bulu tangkis kalau rezeki boleh bawa kemenangan tapi kalau kena smash dengan kata-kata tajam itu agak kurang selesa. Tidak semua yang terkini dan kekinian itu buruk. Ada banyak sahaja yang sangat baik dan boleh digunakan. Berbalik pada diri sendiri sahaja bijak atau tidak untuk memilih. 

Kunokah?

Terserah. 

PC tidak pernah menolak apa pun itu jenis kemodenan dalam hidup. Mana yang sesuai dan boleh diaplikasikan dalam diri dan kehidupan seharian in sya Allah boleh-boleh sahaja. Tapi kalau hal itu memang sangat tidak wajar, hingga timbul rasa tidak selesa. Maka, lupakan sahaja.

Tinta Perdu Cinta ❤
BENARKAH BOLEH DIKATAKAN KOLOT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. raikan perbezaan semua tanpa perlu menjadi hakim...

    BalasPadam
  2. Tiada yang dulu, tiada yang sekarang. Vintage pun dah upgrade.

    BalasPadam
  3. Kalau gitu tukar istilah 'klasik'

    hehe

    BalasPadam
  4. selalu dituduh kolot sebab tak aktif media sosial. hehe. dalam dunia pekerjaan selalunya orang kolot ni menduga kesabaran sebab tak nak terima cara moden. tapi dalam kehidupan eh biarlah dia

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama