DI BAWAH LANGIT ILAHI

DI BAWAH LANGIT ILAHI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. NYAMAN. TENANG. SYUKUR. Sembilan hari ditahun ini. 2022. Alhamdulillah. Terima kasih Allah swt. Cantik warna langit. Biru putih. Atas kita langit. Sedang kita berpijak di bumi yang nyata namun sangat sementara. Bersyukurnya PC. MasyaAllah.

PC, sahabat semua tentu sahaja ada agenda masing-masing. Baik semalam, mahu hari ini dan apatah lagi esok. Bermacam-macam agenda yang telah direncana untuk dilakukan dan dilunaskan satu persatu. Semua orang ada tuntutan tanggungjawab masing-masing. Ada kesibukkan tersendiri. Aktiviti pun setiap kita tidak sama.

Ada banyak cabaran yang mesti ditempuhi. Kita semua hidup di bawah satu bumbung yang sangat besar dan luas sebenarnya. DI BAWAH LANGIT ILAHI. Ya, inilah hakikatnya. Setiap hari apa sahaja yang kita lakukan akan sentiasa diperhatikan. Akan sentiasa juga dicatat tanpa terlepas walau sedetik pun. 

DI BAWAH LANGIT ILAHI

Haluan masing-masing, namun tetap sahaja di bawah langit Ilahi yang mewah dengan pelbagai nikmat dan lika likunya. Hidup. Beginilah. Mengerjakan. Melunaskan. Sebab nanti bila sudah kembali kepadaNYA cuma bergantung sepenuhnya dengan rahmatNYA. syafaat nabi Muhammad saw dan setiap ganjaran amalan kebaikkan yang pernah kita semai semasa hidup di dunia dulu.

Di bawah langit Ilahi. Ada yang sangat taat dan ada yang sangat mengingkari. Ada yang cinta kedamaian dan ada yang suka akan perpecahan dan pertelagahan. Ada yang berkerja mencari rezeki kerana Tuhan dan ada yang bekerja untuk kepuasan dan mencari penghargaan daripada manusia. Ada yang memilih tidak mudah percaya dengan pelbagai khabar angin dan cerita-cerita tapi ada yang mudah percaya dengan bermacam agenda musuh. Ada bermacam-macam ragam manusia. banyak yang tidak terhitung. Di bawah langit Ilahi. Tanah-tanah benyawa. Api, air, tanah dan angin. Semuanya atas ciptaan Maha Kuasa.

Kita hambaNYA yang berlegar-legar ke mana seperti apa mahunya, sentiasa perlu ingat dan ketahui suatu detik nanti akan musnah kesemuanya berterbangan bertukar menjadi debu-debu halus. Hancur. Lebur. 

Tinta Perdu Cinta ❤
DI BAWAH LANGIT ILAHI 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Entah berapa lama lagi dapat kutumpangi di bawah langit Ilahi ni.

    BalasPadam
  2. Bersyukur masih dapat menikmati segala nikmat yang Allah berikan dibawah langit terbentang luas dan berpijak dibumi yang nyata.

    BalasPadam
  3. ALHAMDULILLAH DINAUNGI LANGIT ILAHI DENGAN REZEKI-NYA MELIMPAH

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama