SEDEKAH APA HARI INI

SEDEKAH APA HARI INI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA orang rajin bertanya kepada orang lain. Kau sedekah apa hari ini. Jumaatkan. Semuanya berganda. Ada orang sedekah makanan. Sedekah wang ringgit. Sedekah tenaga. Sedekah doa. Sedekah senyuman. Akarnya adalah sedekah.

Sedekah tenaga sikit sapu masjid bersihkan tahi cicak, sebelum balik masukkan seringgit dua dalam tabung masjid. Selesai solat sama-sama berdoa. Bila jumpa jamaah lain lontarkan senyuman. Lengkapkan. Dalam satu hari satu waktu boleh buat banayak perkara. Sedekah berkali-kali. Allahu. Namun tidak semua mampu buat. Ada yang dapat buat semua, ada yang cuma beberapa dan ada yang cuma sedejah doa dan senyuman.

Takkanlah cuma sedekah senyum dengan doa je. Kedekutnya. Tapi ingat. Tidak semua orang mahu senyum bila bertemu orang lain. Tidak semua orang rendah hati tadah tanggan dan sentiasa mendoakan orang lain setara dia mohon doa untuk dirinya sendiri. Kecilkan. Ringankan. Tapi tidak semua orang mahu dan mampu istiqhamah lakukan.

Sekecil apa pun bentuk sedekah orang, jangan dipersendakan. Jangan diperkecilkan. Boleh jadi hari ini awak mampu bersedekah beribu ringgit. Tapi bila awak riak Allah tarik nikmat kesenangan dan harta benda yang awak ada sekelip mata. Boleh jadi satu masa yang dulu cuma mampu sedekah senyuman dan doa untuk orang lain tu akan datang dia yang beratus ribu sedekah tanpa tangan kiri tahu pun.

PC selalu percaya, kalau pada kita hal tu kecil dan mudah, itu yang selalu diambil mudah. Sehingga orang lain boleh buat pun kita mudah pandang rendah juga. Hidup ni luar jangka kita manusia biasa. Takdir hidup kita ni sebenarnya bila-bila masa sahaja boleh berubah dengan izin Allah. Apa pun yang kita nak buat jangan lupa yang di atas. Allah. Selamat bersedekah dengan ketulusan hati.

Tinta Perdu Cinta ❤ 
Sedekah apa hari ini 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. tak pernah gagal lagi kirim sedikit sedekah melalui kawan2 lelaki yang nak ke masjid solat jumaat..akak titipkan untuk tabung masjid..

    BalasPadam
  2. Pernah baca, orang yg sudah meninggal dunia berdoa minta dihidupkan semula semata utk bersedeqah.

    BalasPadam
  3. Saya doakan semua blogger dimurahkan rezeki dan sihat sihat selalu. Aminn.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama