TANPA ALASAN ITU BERBAHAYA

TANPA ALASAN ITU BERBAHAYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SUKA-SUKA JE. Salah satu hal perbuatan yang dilakukan dengan alasan ''suka-suka je'' boleh buat PC panas hati dan panas telinga. Serius. Lebih-lebih lagi bila perkara tu serius dan berdampak besar pada orang lain, bila timbul masalah, kita tanya kenapa buat macam tu jawapannya, ''alah kan gurau-gurau, suka-suka je''. Ya Allah. 

TANPA ALASAN ITU BERBAHAYA

Tanpa alasan itu berbahaya bagi pendapat PC. Apa pun yang dilakukan kalau tanpa alasan itu berbahaya. Berbahaya pada diri sendiri dan lebih berbahaya kepada orang lain. macam tanpa hala tuju. Sembarangan macam tulah. kalau alih-alih ketawa terbahak-bahak tanpa alasan, mesti yang tengok pun seram. Sama juga cakp sendiri tanpa alasan pun yang tengok rasa pelik kecuali kalau memang ada sesuatu yang menganggu dan orang lain sedia maklum itu lain. 

Marah tanpa alasan itu lagi la berbahaya. Mungkin pada sesetengah orang tak ada apa-apa tapi bagi PC ianya berbahaya. Bawa kesan buruk pada orang lain dan diri sendiri. Orang pun nanti malas nak dekat dan berkawan dengan kita tau. Jangan macam-macam. Ingat ya, semua yang dimulai dengan rasa marah, akan berakhir dengan rasa malu.

Tanpa alasan itu berbahaya. Tapikan, ada juga yang tanpa alasan itu tidak berbahaya sebaliknya membahagiakan. Buat baik. Berkasih sayang. Mencintai dan banyak hal lain juga. Hidup ini memang sentiasa cabaran. Tersilap sikit sahaja akan mula orang ramai menuding jari kepada kita walauun mungkin seminit yang lepas kita baharu sahaja dipuji-puji dan ditatang-tatang. 

jangan berfikir kita buat kita bertenggungjawab dan tidak menyusahkan orang lain. Jangan fikir macam tu. 

Tinta Perdu Cinta ❤
TANPA ALASAN ITU BERBAHAYA 




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama