UNTUK TERUS BERSEMANGAT TIADA SEMPADAN

UNTUK TERUS BERSEMANGAT TIADA SEMPADAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BIJIH benih yang disemai kita tidak pernah tahu bakal tumbuh atau mengering dan membusuk hujungnya. Kalau bercambah itu satu nikmat dan jika sebaliknya jangan pernah putus asa untuk mencari biji benih yang lain dan lebih baik untuk ditanam.

UNTUK TERUS BERSEMANGAT TIADA SEMPADAN

Tumbuhan, haiwan apatah lagi kita manusia, tentu sahaja ada semangat untuk lakukan sesuatu tapi sebelum itu tentu sahaja ada satu tenaga yang kuat untuk terus bertahan dan meneruskan kehidupan. 

Bersemangat dengan cara masing-masing. Macam mana pun mesti kena terus bersemangat. Lihat pokok. Setiap hari seperti biasa yang tidak ada apa-apa tetapi hakikatnya ada perubahan. Semakin bertambah cabang pada dahannya. kemudian setiap dahan ada rantingnya. Bertambah dedaunannya. Semakin menghijau dan melebar. Berbunga dan berbuah. 

Tumbuh, begitulah juga dengan kita. harus semakin bersemangat setiap hari walau kadang tidak terlihat semangatnya tetapi terus pupuk daripada dalam diri. Semai dihati dan fikiran. In sya Allah kita semua boleh. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
UNTUK TERUS BERSEMANGAT TIADA SEMPADAN 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Walau tgk cuaca suram aje kan 2 3 hari ni harap semua pun masih semangat di tahun baru

    BalasPadam
  2. Semangat tahun baharu
    teruskan perjuangan

    BalasPadam
  3. Keep it up! Phewww.. Semoga kita terus semangat.

    BalasPadam
  4. kita tak tahu apa yang akan jadi di depan kan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama