ADA BANYAK KEMUNGKINAN

ADA BANYAK KEMUNGKINAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 
Assalammualaikum wbt

Tahu dan tidak tahu
Kedua-duanya 
Bererti
Akan ada dan sentiasa meneka-neka 

Sesiapa sahaja akan suka
Akan ambil tahu
Serius atau cuma sepintas lalu
Sekilas boleh jadi pahala
Sekilas boleh jadi dosa
Untuk kita

ADA BANYAK KEMUNGKINAN

Ada banyak kemungkinan 
Tafsiran manusia
Andaian yang mengkaji
Tekaan berasaskan yang sudah-sudah 

Semua boleh berubah
Berlaku apa yang disebaliknya
Kadang jauh berbeza tidak sama
Sedangkan yang mendengar sudah percaya
Salah disebar jadi fintah
Benar diwarta jadi maklumat untuk semua

Ya ada banyak kemungkinan 
Kemungkinan ya fakta
Kemungkinan ya dusta
Hati-hati 
Jangan terpesona
Tidak usah terpedaya 

Tinta Perdu Cinta ❤
ADA BANYAK KEMUNGKINAN


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kita harapkan kemungkinan yang baik2 sahaja

    BalasPadam
  2. inshaAllah smuanya akan baik-baik saja.. amin

    BalasPadam
  3. The King Casino - Atlantic City, NJ | Jancasino
    Come on wooricasinos.info in the King https://jancasino.com/review/merit-casino/ Casino for fun, no wagering requirements, delicious dining, and enjoyable casino gaming all at https://febcasino.com/review/merit-casino/ the https://octcasino.com/ heart of Atlantic https://tricktactoe.com/ City.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama