DOA MENJADI SALAH SATU SENJATA DAN PENGHUBUNG

DOA MENJADI SALAH SATU SENJATA DAN PENGHUBUNG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. APA SAHAJA bahasa yang digunakan untuk berdoa jangan bimbang Allah tahu. Faham. Allah itukan sangat MAHA MENGETAHUI dan luas pengetahuanNYA. Jadi jangan jadikan alasan tidak tahu bahasa arab maka malas nak berdoa. Berdoalah.

DOA MENJADI SALAH SATU SENJATA DAN PENGHUBUNG

Doa menjadi salah satu senjata dan penghubung antara hamba-hamba dengan Allah. Benteng dengan doa. lawan dengan doa. Bantu dengan doa. Bertahan dengan doa. Bicara hamba dengan Allah salah satu caranya adalah dengan dan ketika berdoa. Tak kiralah doa panjang berjela ke, atau ringkas sahaja. 

Ada banyak doa dianjurkan dan ajarkan untuk kita amalkan seharian dan pada waktu-waktu tertentu. Ada banyak sangat-sangat cuma kita tinggal pilih kemudian amalkan untuk mendapat manfaat dan sebanyak-banyaknya kebaikkan sahaja. 

Apa sahaja doa yang dulu diamalkan oleh Nabi Muhammad saw dan nabi-nabi yang lain, boleh kita amlkan juga. Mengapa tidak kan?. Ianya menjadi kunci dan senjata. Ianya menjadi penghubung yang sangat baik dan mengeratkan hubungan hamba dengan PENCIPTA juga. 

Walaupun kita tidak atau belum berdoa, Allah dah tahu apa yang kita mahukan. Nak kuatkan lagi paling baik dan sebaik-baiknya sokonglah dengan doa yang baik-baik ya. lebih mantap nanti. Aamiin.

Selamat meminta yang baik-baik. Untuk diri sendiri dan orang lain juga.

Tinta Perdu Cinta ❤
DOA MENJADI SALAH SATU SENJATA DAN PENGHUBUNG



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama