OTAK DAN HATI MERAKAM DENGAN BAIK

OTAK DAN HATI MERAKAM DENGAN BAIK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ALHAMDULILLAH diizin lagi menaip petang ini. Mendung. Gerimis halus tapi boleh kedengaran ditelinga. Syukur. Sejuk. Nikmat daripada Allah. Lebih nikmat lihat anak-anak kecil main hujan. Hehehehe. Macam-macam gaya ada. Dah macam tengok cerita hindustan pun ada juga. Bernyanyi, berlari dan menari dalam hujan. Nikmatilah supaya ada yang indah untuk dikenang kelak.

Otak yang berakal. Hati yang berperasaan. Di dua tempat ini kuat fungsinya. Tajam daya penyerapan maklumat dan besar kadar simpanan memorinya. Baik itu hal yang baik dan manis. Atau itu mungkin perkara yang pahit dan menyakitkan. Dua tempat ini adalah gudangnya. Menyimpan satu demi satu pengalaman dan cerita kehidupan. Ingat. Rasai.

OTAK DAN HATI MERAKAM DENGAN BAIK

Jika ada banyak yang masih diingati, tidak kurang juga ada banyak yang mungkin sudah terhakis. Boleh jadilah. Kadang apa yang terjakis secara semulajadi itu bila berlaku kembali ianya akan menyegarkan memori silam. Buat kita terbayang dan teringat. Adakalanya dalam hal tertentu, suatu yang mahu dan kita telah lupakan pun biar bagai angin berlalu, sesekali ianya segar pada fikiran dan hati kita. 

Jangan terkejut kalau orang membangkit atau mengungkit. Tidak semua membangkit atau mengungkit itu menjurusnya kepada keadaan yang negatif. Dulu PC sendiri fikir, 'ah, tak baik mengungkit atau sebut-sebut hal yang dah sudah-sudah', rupa-rupanya tidak semua perkara yang kita sebut semula, sebut satu persatu itu jadi ungkitan atau sebutan memburukkan keadaan. Ikut keperluan juga.

Mengenang kisah dulu itu juga ungkitan. Selak uku lama, keluarkan cerita dulu-dulu pada PC itu ungkitan. Tak salah sebab ianya cerita untuk mengenang. Kalau perkara itu perlu, untuk jadi maklumat penting, supaya boleh ingatkan orang lain dan boleh bantu selesaikan masalah, mengapa tidak.

Hati dan otak kita merakam dengan baik. Ada masanya ianya seperti tidur dan dibekukan, ada sebahagian lagi dentiasa aktif dan bekerja. Apa?. Memori yang terakam diotak dan hati kita. Akan ada masa tertentu ianya aktif sendiri dan hidup sendiri tanpa kita minta. Setiap kita adalah penerima dan penyumbang memori satu dengan yang lain. Jadi kena hati-hati. Jangan kerana kita orang lain ingat difikiran dan dihatinya sesuatu yang tidak baik. Sumbang sesuatu yang baik kepada orang lain, paling tidak pun fikiran dan perasaan yang baik terhadap kita.

Tinta Perdu Cinta ❤
OTAK DAN HATI MERAKAM DENGAN BAIK
 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama