PERANCANGAN KITA TIDAK SEBAIK PERANCANGAN ALLAH

PERANCANGAN KITA TIDAK SEBAIK PERANCANGAN ALLAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BETUL sangat-sangat. Semalam dah rancang nak masak ayam asam pedas. Makan dengan nasi panas berulamkan timun. Eh, tiba waktunya toleh kanan toleh kiri masak sambal sardin, telur dadar, bendi celur dan nasi panas-panas. Aduh. Itu belum awal pagi bersemangat siapkan bahan-bahan nak masak rendang daging lembu. Hajatnya nak makan dengan pulut kuning. Sekali dah tengahari en suami minta masakkan ikan masak lemak cili api. Ya Allah. Apakah. Ini memang PC alami. Kerap juga terjadinya. 

Bukan cuma waktu nak masak je, dalam hal lain pun berlaku jugalah. Gosok baju lain. Bila tiba masa nak gerak, eh pakai baju lain pulak. Dah kalau tukar baju, kena juga tukar tudungnya kan. Haii. Kesimpulannya gosok baju dan tudung lebih. Kalau tak kena juga terpaksalah en suami tunggu sekejap sebab nak gosok baju dan tudung lagi. Alhamdulillahnya en suami pun gitu, jadi gosok sekali pakaian en suami yang luar pilihan dan rancangan tu. Hahahaha.

Tapi, bila fikir balik, sebenarnya perancangan kita hamba ni rapuh sangat. Tidak sebaik perancangan Allah yang dominan untuk kita. Serius. Kalau kita rasa perancangan kita yang paling sempurna dan terpaling kebaboom la kan.. tidak berdaya nak bersaianag dengan perancangan Allah. Perancangan kita aakan ada celanya.Apatah lagi perancangan PC, kerana hati dan fikiran kita dalam pengawasan Allah. Allah yang mengatur naluri dan fikiran hamba-hambaNYA sentiasa.

'Aku dah rancang baik-baik ni, tapi kenapa tidak menjadi sebaliknya jadi begini'. Jawapannya PERANCANGAN KITA TIDAK SEBAIK PERANCANGAN ALLAH. Walau sebenarnya tidak mudah menghadapi perancangan yang gagal atau kurang berjaya. Sudah tentu bersulam air mata dan rasa kecewa yang bukan kepalang. Mungkin sebab itulah jangan terlalu berharap pada dunia ini sebaliknya berharap dan bersangka baik sepenuhnya dengan Allah. Cukup. Noktah. Tetapi ini yang selalu buat mansia terlupa dan tewas.

PERANCANGAN KITA TIDAK SEBAIK PERANCANGAN ALLAH

Tewas dengan perancangan Allah yang dikategorikan qada dan qadar itu suatu yang lumrah terjadi kepada sesiapa pun itu. Kadang takdir Allah itu meragut denyut jantung. Memberhentikan sedetik denyut nadi. Terkejut. Tapi pasti seiringnya waktu akan disusuli dengan manisnya hikmah dan indahnya nikmat. Cuma perlu sabar. In sya Allah tentu boleh.

Tinta Perdu Cinta ❤
PERANCANGAN KITA TIDAK SEBAIK PERANCANGAN ALLAH


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kita yg merancang tapi Allah yg menentukan.

    BalasPadam
  2. Setuju sangat-sangat. Mungkin kita rasa perancangan pada masa tu merupakan sesuatu yang terbaik untuk kita. Tetapi sebenarnya sebaik-baik Perancang Yang Maha Mengetahui :)

    BalasPadam
  3. perancangan Allah itu yang terbaik. kita cuba sahaja semampu kita

    BalasPadam
  4. selalulah berterima kasih kepada Allah meskipun perancangan kita tak sejalan dengan perancangan DIA.. Allah tau apa yg terbaik.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama