RAMADAN SEMAKIN HAMPIR

RAMADAN SEMAKIN HAMPIR | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. LEBIH KURANG 41 hari menjelang Ramadan. Sudah bersediakah kita. Masih ada rezeki lagikah untuk kita menikmati Ramadan tahun dan kali ini. Semua menjadi rahsiaNYA. Kita sentiasa berdoa agar Allah izinkan dan rezekikan untuk kita melunaskan rukun Islam ketiga ini. Aamiin.

Macam lama lagi rasanya. Sebenarnya tidak. Kadang bila sibuk dengan urusan, sedangkan waktu kian mendekat dan berlalu kita pun tak perasan. Alih-alih dah masanya. Eh, dah puasa. jadi kalau rasa lama tu sebenarnya tidak juga. jadi tak peliklah kalau ada yang rasa macam baru je puasa dah nak puasa lagi. Memang macam tu.

RAMADAN SEMAKIN HAMPIR

Ramadan semakin hampir. Ada juga yang telah buat iklan main kutu untuk biskut raya dari tahun lepas lagi. Elok juga, kutu biskut raya. Bayar sikit-sikit tiba masa selesai, biskut raya pun sampai depan pagar rumah. Kalau nak bayar sekaligus juling juga biji mata. Sekarang beli apa-apa, pergi mana-mana semua harga mahal. Hari ni pergi harga biasa. Esok pagi pergi lagi kedai yang sama dah bertambah harganya dua puluh sen. Kadang ada yang nak terus seringgit dua. Tepuk dahi urut dada dibuatnya.

Bila Ramadan semakin dekat, bererti kena lunaskan hutang puasa tahun lepas la ya. Tak kisahlah sedikit atau banyak hari puasa yang ditinggalkan. Kalau  belum mula, dah boleh mula ni. Siapa-siapa yang dah selesai qada puasa Ramadan tahun lepas, alhamdulillah. Boleh puasa sunat pula. Latih semula perut perlahan-lahan supaya terbiasa dan tidak terkejut opocot. Gitu. Sesetengah orang puasa ini hal biasa dan sudah menjadi rutin. Tapi ada sesetengah orang rasa azab nak puasa. Kalau boleh bulan Ramadan nak dilangkah terus je Syawal. Kikiki.

Sekarang pun dah banyak pasar-pasar malam dibuka. Ramai juga dah para peniaga berniaga. Tak apa. Cuma tak kira siapa pun tetap mesti berjaga-jaga. Semoga sehingga bulan Ramadan tiba nanti, setiap uruasan harian dan urusan ibadah kita Allah lancarkan. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
RAMADAN SEMAKIN HAMPIR

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semoga diberi keafiaatan menjelang Ramadhan sehingga Ramadhan berakhir.

    BalasPadam
  2. Yaa PC dah makin dekat dah, alhamdulilah puasa ganti pun dah habis.. cuba puasa sunat je ni nak biasakan diri dan perut dengan kelaparan hehehe

    BalasPadam
  3. dah boleh start buat persiapan raya. nanti bulan puasa boleh fokus beribadat

    BalasPadam
  4. Terima kasih ingat-mengingati PC.
    Mrs. A belum habis lagi ganti puasa ni adoiii! sedehh! betul huhuu...

    BalasPadam
  5. Mudah-mudahan kita semua dipanjangkan umur agar dapat bertemu Ramadan tahun ini.
    Moga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat merebut peluang beribadah dengan baik.

    BalasPadam
  6. sekejap ja rasa.. tahun ni puasa tanpa ayah :(

    BalasPadam
  7. Selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan lupa untuk baca doa berbuka puasa sebelum menjamah ^^

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama