REJAB SYABAN RAMADAN

REJAB SYABAN RAMADAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SYUKUR sudah melangkah ke bulan Rejab, bererti Syaban dan Ramadan kian menyusul. Semakin mendekat sebenarnya. Lebih kurang ada dua bulan lagi sebelum sampai ke Ramadan. Sempat lagi mahu qada puasa yang ditinggalkan tahun sudah. kalau boleh qada awal. Kita tak tahu tahap kesihatan kita bagaimana. Kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku akan datang. Jadi qada awal-awal, selang seli tapi selesai dengan baik. Aamiin. Terima kasih Allah izinkan PC menaip lagi hari ini. MasyaAllah.

Rejab Syaban Ramadan. Tiga bulan berturut-turut. Muqadimah puasa adalah bulan Rejab. Latihan awal perlahan-lahan. Sambil qada boleh puasa sunat. Kalau yang dah selesai qada puasa Ramadan tahun sudah boleh puasa sunat. Latih perut. Lentur nafsu beri dan biar terbiasa dengan Ramadan nanti kerana ianya membantu juga bagi sesiapa yang takut tewas lagi ketika puasa di bulan Ramadan.

REJAB SYABAN RAMADAN

Ada orang tak puasa sunat, cuma berpuasa hanya dibulan Ramadan sahaja tidak ada masalah. Mudah beradabtasi. Ada orang bila tak puasa, masuk bulan Ramadan terus puasa mendadak lain jadinya dan ada yang sudah menyediakan bermacam alasan dengan sesuaka hati dan sengaja. Lain orang lain caranya. Kita tahu dan kenal diri sendirikan. Sebab tu ada yang kata bulan Rejab dan Syaban ni pra Ramadan. Ada juga kawan-kawan PC, bulan Rejab dan Syaban ni mereka latih anak-anak mereka berpuasa juga supaya nanti bila masuk sahaja Ramadan mereka sudah berasa biasa.

 اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadhan) kepada kami pada bulan Ramadhan”.

Rezeki setiap kita tidak sama. Kita berdoa minta sampai jumpa Ramadan, tapi tak siapa tahu rezeki kita setakat mana. Kesempatan yang ada gunakan sebaik-baiknya. Bulan Rejab bulan Allah. Bulan Syaban bulan Rasulullah saw. Bulan Ramadan bulan umat. Mulia Rejab dengan malam israk Mikrajnya. Mulia bulan Syaban dengan Nisfunya. Mulia bulan Ramadan dengan Lailatul Qadarnya. SubhanaAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Bulan Rejab ini, puasalah sunat sepaling mampu ya. Kita cuba usahakan.

Tinta Perdu Cinta ❤
Rejab Syaban Ramadan
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Amin amin Ya Rabbalalamin... semoga dpt kita betemu Ramdhan nanti

    BalasPadam
  2. Aamiin Ya Rabb.. semoga kita ada rezeki lagi nak bertemu bulan Ramadhan yang mulia..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama