TETAP ADA WALAU TIDAK GEMPAK MACAM DULU-DULU

TETAP ADA WALAU TIDAK GEMPAK MACAM DULU-DULU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BANYAK yang sudah berubah. Jauh sangat perbezaannya. Sangat-sangat terasa dan dirasai. Atau mungkin PC saja yang rasa begini. Adatlah ada berlaku perubahan namun terkadang ada perubahan yang seperti mengurangi rasa indah dan kemanisan. Allahu. Selamat Tahun Baharu Cina 2022. 

Tahun ini tahun harimau. Lambang keberanian. Limau mandarin mahal. Cium bau jelah nampaknya. Kawan-kawan berbangsa Cina pun akui harga limau mandarin mahal, apatah lagi kita ni ha. Bertabahlah kerana serba serbi jadi mahal. Terima kasih Allah izinkan PC berkongsi lagi diblog ini. 

Setiap sambutan perayaan ada keunikan masing-masing mengikut bangsa masing-masing juga. Hari Raya Aidilfiri dan Aidiladha. Tahun Baharu Cina. Depavali. Krismas. Apa sahaja perayaan akan ada adat dan petua masing-masing. Akan diraikan dengan cara yang unik dan turun temurun. Bangsa yang mewah dengan budaya. Akan selalu sama-sama diraikan oleh sesama kita. Semangat menghormati dan saling menghargai. Alhamdulillah.

TETAP ADA WALAU TIDAK GEMPAK MACAM DULU-DULU

namun begitu, zaman terus berkembang dan ada sahaja perubahan. PC yakin setiap kita pasti merasai perubahan yang berlaku. Ditambah dalam keadaan sekarang kita masih lagi berada dalam keadaan mesti berjaga-jaga. Semuanya menjadi terbatas dan banyak yang perlu dijaga. Di kurangkan. Sambutan setiap perayaan tidak seindah dan semeriah dulu. Rindu dengan suasana dulu-dulu. Sungguh. Meriahnya lain macam sangat-sangat la.

Mercun, meriam, buah limau mandarin, kuih muih, apa sahaja dan setiap perayaan la dulu sangat meriah. Kalau bahasa kasarnya berhabisan macam tahun depan tak ada raya lagi. Tak ada tahun baharu lagi. Ha gitulah nak gambarkan kemeriahannya. Sekarang tetap ada walau tidak gempak macam dulu-dulu. Tak apalah. Tiba masanya semua belajar bersederhana. Mungkin sekaranglah masanya. Paling penting terus menjaga keharmonian. Kukuhkan silaturahim.

Tinta Perdu Cinta ❤
TETAP ADA WALAU TIDAK GEMPAK MACAM DULU-DULU


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Wkmussalam
    Harap2 raya tahun ni nanti dapat buat baraan marhaban seperti dulu2

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama