TIADA DAYA HAMBA TANPA BANTUAN MU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEHEBAT mana pun kita, kita tetap hambaNYA. Salah satu daripada apa yang DIA cipta di muka bumi ini untuk saling hidup berdampingan. Alhamdulillah. Ya kita manusia. Disertakan akal dan perasaan.
Mahu mendabik dada. Mahu hidung tinggi. Mahu apa lagi. Tetap sahaja kita ini insan biasa. Apa yang membezakan hati-hati kita semua. Itu yang sentiasa Allah nilai dan ada perbezaannya satu dengan yang lain. Sebab tu sangat penting jaga kualiti hati. Kadang mudah disiplinkan lisan tapi tidak mudah nak acuankan hati. Alah cakap dalam hati tak ada siapa dengar. Eh, Allah Maha Mendengar.
Tiada daya hamba tanpa bantuan MU Ya Allah. PC sendiri banyak hal luar daripada kemampuan. Boleh jadi juga keseluruhannya. PC yakin semua atas bantuan Allah. Sampai detik ini jari jemari ini ligat menekan setiap abjad pun atas bantuan Allah. Sungguh, kalau Allah tak bantu mana pungkin PC boleh lakukan itu ini.
Memang usaha. Memang modal. Memang apa lagi. Apa sahaja alasan dan solusi yang mahu menegakkan dan membenarkan semua adalah kerana usaha diri sendiri tetap sahaja tiada daya hamba tanpa bantuan Allah. Diberi kewarasan dan kecerdasan akal, tubuh badan yang cergas, dipermudahkan urusan, ermm semua adalah kerana adanya bantuan Allah.
Kalau pun mungkin tetap mahu menyangkal mengatakan orang lain yang bantu kita disaat kita memerlukan bantuan, tetap sahaja Allah yang menjadikan orang lain perantara pemudah cara atau urusan kita disaat itu. Terimalah hakikat kita ni bukan sesiapa. Semoga hari Jumaat yang indah ini melembutkan hati kita dan menjernihkan fikiran kita. Aamiin.
Tinta Perdu Cinta ❤
TIADA DAYA HAMBA TANPA BANTUAN MU
Tags:
Santai
Benar PC, kita sebagai hambaNya mampu terima apa juga keadaan kita, baik senang mahupun susah, bahagia atau derita, yang penting setiap ujian dariNya, jangan lupa sujud kepadaNya..
BalasPadamSemoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya..
BalasPadamKita hanya insan lemah. Allah maha berkuasa atas segalaNya.
BalasPadamBetul tu PC.. tiada daya kita, semuanya berserah dan dengan izin Allah kan..
BalasPadam