ADA RASA RENDAH HATI

ADA RASA RENDAH HATI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SALAH SATU sifat atau sikap yang baik perlu ada dalam diri seseorang. Termasuklah PC. Ada rasa rendah hati. PC percaya semuanya perlukan proses dan latihan yang bukan biasa-biasa. Nak jadi baik, sangat mudah. Dengar kata dan nasihat kemudian ikut kata dan nasihat yang baik itu pun baik tapi apa yang sukar adalah istiqamah.

Istiqamah itu satu cabaran besar. kalau dalam diri kita ada rasa rendah hati tu dah besar nikmat sangat-sangat. Sungguh. lebih-lebih lagi kalau boleh istiqamahag rasa rendah hati tu sampai akhir hayat. Tak tewas dengan godaan dunia. Kalis limpahan harta. Lepas dugaan kedudukan dan pangkat. Telus pujian. Maksudnya apa sahaja kesenangan, kelebihan yang Allah beri tak ubah rasa rendah hati tu, itu sangat baik.

ADA RASA RENDAH HATI
Kalau pokok keladi mungkin ada musimnya dicari-cari dan digilai namun tidak bagi manusia yang selalu rendah hatinya.. kehadiran disekitar akan sentiasa dinanti-nanti. Semoga memberi manfaat kepada yang lain.

Ada orang memang bawaan dirinya sentiasa rendah hati. Ada orang rasa rendah hatinya tu dicari, dipuliharan dan pelihara bertahap dan berguru. Maksudnya perubahan diri yang dilakukan dengan cara menuntut ilmu yang berterusan denganguru yang tepat. Tak kisahlah prosesnya singkat atau lama dan panjang yang mesti dilalui. 

Bagi PC, nak ada rasa rendah hati ni pun kena selalu berdoa minta dengan Allah swt juga. ''Ya Allah, jadikanlah aku hambaMU yang memiliki rasa rendah hati yang berterusan dalam apa sahaja situasi selagi bernafas di muka bumi MU ini''. Minta dan terus meminta. Kena rajin. In sya Allah nanti Allah beri.

Ada rasa rendah hati bukan suatu yang rugi. Tidak sama sekali. Malahan membantu manusia lebih menjadi insani. Pergilah sana sini in sya Allah disenangi walau mungkin ada yang tidak suka iri hati dan dengki. Itu pasti. Tidak mengapa tawakal serah pada Ilahi. DIA akan lindung segenap sisi. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
ADA RASA RENDAH HATI

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Semoga kita berjaya pupuk sifat rendah hati dalam diri

    BalasPadam
  2. rendah hati mulia peribadi

    BalasPadam
  3. insyaAllah
    semoga kita semua dianugerahkan sifat ini
    aaminn

    psst cantik keladi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama